sabrina@bina life`s

Disini ku mencurah segalanya...tentang hidupku... semangatku, perjuanganku serta cintaku.

TAHAP KREATIVITI GURU SAINS DAN AMALANNYA
DALAM PENGAJARAN
oleh
Hamsiah Binti Saee

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap dan amalan kreativiti di kalangan 326 orang guru sains yang mengajar di sekolah-sekolah menengah di Bahagian Kuching/ Samarahan, Sarawak. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan di mana Ujian Pemikiran Kreatif Torrance (TTCT) dan soal selidik amalan kreativiti digunakan sebagai alat kajian. Hasil kajian mendapati guru-guru sains yang dikaji mempunyai tahap kreativiti yang sederhana (min 402.38). Ujian-t menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dalam tahap kreativiti dari segi jantina (p = 0.347). Analisis statistik ANOVA Sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam tahap kreativiti antara guru-guru sains dari segi umur (p = 0.660), pengkhususan (p = 0.318) dan pengalaman mengajar (p = 0.586). Kajian ini juga mendapati tahap amalan kreativiti di kalangan guru-guru sains adalah tinggi (min 4.00). Analisis Korelasi Pearson pula menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan (p = 0.160) antara tahap kreativiti guru dengan amalan kreativiti dalam pengajaran sains (r = 0.078).

PENGENALAN
Perubahan paradigma dalam sistem pendidikan menuntut dan menggesa kaum guru membuat perubahan di mana salah satu elemen penting dalam perubahan ialah kreativiti (Hj. Mohd. Ali, 1994). Guru merupakan agen pelaksana yang penting dalam mengeluarkan lepasan sekolah yang berdaya fikir dan kreatif serta mampu menjana idea dan rekaan baru untuk membangunkan industri berasaskan produk dan perkhidmatan bernilai tambah (Rohani, 1999). Pengembangan kreativiti yang bermaksud aktiviti-aktiviti yang kreatif secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan merupakan fokus pengisian kurikulum abad ke-21 selain daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas (Noor Azmi, 1998).
Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5 2004
15

PERNYATAAN MASALAH
Kreativiti yang inventif dan produktif diperlukan untuk membina atau mengubahsuai program dan kurikulum secara efisien dan efektif (Rejskind, 2000). Seorang guru yang kreatif akan bertindak sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi para pelajar (Yong dan Biraimah, 1996). Banyak kajian tentang kreativiti telah dijalankan sama ada di dalam atau di luar negara. Contoh-contoh kajian yang telah dijalankan adalah seperti kajian Yong (1992), kajian Gan (1998), kajian Runco, Nemiro dan Walbert (1998), kajian Lim dan Plucker (2001) dan banyak lagi kajian-kajian yang lain. Walau bagaimanapun tidak banyak kajian telah dijalankan berhubung dengan kreativiti guru sains.

KERANGKA KAJIAN
Kerangka kajian ini dibina berdasarkan Teori Kreativiti Sternberg (Standler, 1998), kajian Torrance (1962) dan kajian James dan Powell (1994). Tahap kreativiti dikenal pasti menggunakan Ujian Pemikiran Kreatif Torrance (TTCT), yang diramalkan akan mempengaruhi amalan kreativiti guru sains dalam pengajaran dan pembelajaran.
Latar Belakang:
Umur, Jantina, Pengalaman & Pengkhususan
Kreativiti Guru Sains Melalui TTCT
Amalan Kreativiti Dalam P & P Sains
Pengkhususan Melalui TTCT Sains
Rajah: Kerangka Kajian Kreativiti Guru Sains

OBJEKTIF KAJIAN
a. mengenal pasti tahap kreativiti guru sains mengikut jantina, umur, pengalaman mengajar dan pengkhususan.
b. mengenal pasti tahap amalan kreativiti guru dalam pengajaran sains secara keseluruhannya.
c. mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan dalam tahap kreativiti dari segi jantina.
d. mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan dalam tahap kreativiti dari segi umur.
e. mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan dalam tahap kreativiti dari segi pengkhususan.
f. mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan dalam tahap kreativiti dari segi pengalaman mengajar.
g. mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara tahap kreativiti guru dengan amalan kreativiti dalam pengajaran sains.
Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5, 2004
16

PERSOALAN KAJIAN
a. Apakah tahap kreativiti guru sains mengikut jantina, umur, pengalaman mengajar dan pengkhususan?
b. Apakah tahap amalan kreativiti guru dalam pengajaran sains secara keseluruhannya?
c. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kreativiti antara guru-guru sains dari segi jantina?
d. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kreativiti antara guru-guru sains dari segi umur?
e. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kreativiti antara guru-guru sains dari segi pengkhususan?
f. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kreativiti antara guru-guru sains dari segi pengalaman mengajar?
g. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kreativiti guru dengan amalan kreativiti dalam pengajaran sains?

HIPOTESIS KAJIAN
H01 : Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam tahap kreativiti antara guru sains lelaki dengan guru sains perempuan.
H02 : Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam tahap kreativiti antara guru-guru sains dari segi umur.
H03 : Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam tahap kreativiti antara guru-guru sains dari segi pengkhususan.
H04 : Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam tahap kreativiti antara guru-guru sains dari segi pengalaman mengajar.
H05 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kreativiti guru dengan amalan kreativiti dalam pengajaran sains.

KEPENTINGAN KAJIAN
1. membantu guru-guru sains dalam mengenal pasti tahap kreativiti dan amalan kreativiti dalam pengajaran sains yang ada pada diri mereka.
2. membantu guru-guru sains menilai keberkesanan sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran sains.
3. para pentadbir dapat membimbing guru-guru sains ke arah pengajaran sains yang berkesan.
4. pihak-pihak tertentu dapat mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk meningkatkan kreativiti guru sains.
Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5, 2004
17

BATASAN KAJIAN
Kajian ini tertakluk kepada batasan berikut:
a. Sampel kajian adalah terhad kepada guru-guru sains sekolah menengah di kawasan Kuching/Samarahan, Sarawak. Maka dapatan kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada semua guru sains di Malaysia.
b. Kreativiti diukur berdasarkan respon yang diberikan ke atas ‘Ujian Pemikiran Kreatif Torrance’.
c. Amalan kreativiti dalam pengajaran sains hanya terbatas kepada penggunaan alam semulajadi, penggunaan komputer, penggunaan minda dan penggunaan eksperimen.
d. Keadaan persekitaran guru dan kesuntukan masa mungkin mempengaruhi prestasi guru semasa menduduki ujian dan juga respon yang diberikan untuk kajian ini.

DEFINISI OPERASIONAL

Kreativiti
Mengikut Ensiklopedia Malaysiana (1996), kreativiti adalah kemampuan mencipta atau menghasilkan sesuatu. Menurut McInerney & McInerney (1994) pula, terdapat definisi kreativiti yang menekankan sifat-sifat personaliti, ada yang memberi tumpuan kepada proses pemikiran dan ada juga yang menekankan hasil usaha sebagai kriteria kreativiti. Dalam konteks kajian ini, kreativiti merangkumi dua aspek. Aspek pertama ialah tahap kreativiti yang diukur menggunakan Ujian Pemikiran Kreatif Torrance, TTCT (Torrance, 1984).

Lima komponen kreativiti diukur iaitu:
a. Keaslian: Subujian dalam TTCT yang melibatkan penghasilan respon yang bijak dan luar biasa terhadap situasi tertentu.
b. Kelancaran: Subujian dalam TTCT yang mengukur penghasilan banyak respon yang berkaitan dalam suatu masa yang diberi.
c. Penghuraian: Subujian dalam TTCT yang mengukur kebolehan untuk mengembang, memperkaya, melaksana atau setidak-tidaknya menghurai idea dan maklumat.
d. Keabstrakan Tajuk: Subujian dalam TTCT yang mengukur keupayaan untuk menghasilkan tajuk yang baik di mana ia melibatkan proses pemikiran yang tersusun.
e. Rintangan Penutupan Awal: Subujian dalam TTCT yang mengukur keupayaan untuk menangguh penutupan selama yang mungkin bagi membolehkan penghasilan idea-idea yang asli.

Individu yang tidak kreatif cenderung mencapai kesimpulan terlalu awal tanpa mempertimbangkan maklumat yang ada.
Aspek kedua ialah amalan kreativiti yang ditakrifkan sebagai keupayaan seorang guru mengubahsuai dan mempelbagaikan kaedah pengajaran
Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5, 2004
18
sehingga menampakkan keberkesanan dalam penyampaian pengajarannya (Hj. Mohd. Ali, 1994). Amalan kreativiti dalam pengajaran dilihat dari segi penggunaan alam semulajadi, penggunaan komputer, penggunaan minda dan penggunaan eksperimen.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan melalui ujian dan soal selidik. Sampel kajian ialah guru-guru sains dari 49 buah sekolah menengah di Bahagian Kuching/Samarahan, Sarawak iaitu seramai 326 orang yang telah dipilih secara purposive sampling. Instrumen kajian terdiri daripada 3 bahagian iaitu A: maklumat tentang latar belakang; B: Ujian Pemikiran Kreatif Torrance dan C: maklumat amalan kreativiti dalam pengajaran sains. Kajian rintis yang melibatkan 40 orang guru sains telah dijalankan di 5 buah sekolah menengah yang lain daripada kajian sebenar. Nilai pekali kebolehpercayaan yang diperolehi menggunakan kaedah uji dan uji semula untuk bahagian B adalah 0.90 manakala indeks kebolehpercayaan item untuk bahagian C ialah 0.95. Prosedur kajian melibatkan permohonan kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Setelah kebenaran diperolehi, pengkaji menghubungi kesemua pengetua sekolah yang terlibat untuk menjalankan kajian dan mengedarkan borang soal selidik termasuk ujian, yang mana telah dipungut selepas selesai ditadbirkan di sekolah-sekolah berkenaan. Data dianalisis menggunakan program SPSS secara statistik deskriptif, ujian-t, ANOVA Sehala dan Korelasi Pearson.

HASIL KAJIAN

Responden Kajian
Seramai 326 orang guru sains telah terlibat dalam kajian ini di mana 116 orang (35.6%) adalah guru lelaki dan 210 orang (64.4%) adalah guru perempuan. Dari segi umur pula, terdapat seramai 30 orang atau 9.2% guru berumur kurang dari 25 tahun, 145 orang (44.5%) guru berumur lebih dari 25 hingga 35 tahun, 96 orang (29.4%) guru berumur lebih dari 35 hingga 45 tahun dan 55 orang (16.9%) berumur lebih dari 45 tahun. Seramai 99 orang (30.4%) guru mempunyai pengalaman mengajar kurang daripada 5 tahun, 86 orang (26.4%) guru mempunyai pengalaman mengajar antara 5-10 tahun, 41 orang (12.6%) guru mempunyai pengalaman mengajar antara 10-15 tahun dan 100 orang (30.7%) guru mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada 15 tahun. Seramai 51 orang (15.6%) guru mempunyai pengkhususan biologi, 37 orang (11.3%) guru mempunyai pengkhususan kimia, 16 orang (4.9%) guru mempunyai pengkhususan fizik dan 222 orang (68.1%) guru mempunyai pengkhususan yang lain.
Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5, 2004
19

Dapatan Kajian
Jadual 1. Tahap Kreativiti & Amalan Kreativiti Guru Sains
Frek.
%
Min Tahap Kreativiti
Min Amalan Kreativiti

Jantina:
Lelaki
Perempuan
116
210
35.6
64.4
395.69
406.08
4.07
3.95

Umur:
< 25 tahun > 25-35 tahun
> 35-45 tahun
> 45 tahun
30
145
96
55
9.2
44.5
29.4
16.9
418.13
405.52
396.08
396.51
3.91
3.99
4.01
4.06

Pengalaman Mengajar:
< 5 tahun > 5-10 tahun
> 10-15 tahun
> 15 tahun
99
86
41
100
30.4
26.4
12.6
30.7
412.73
394.74
404.10
398.00
3.93
4.03
3.99
4.04

Bidang Pengkhususan:
Biologi
Kimia
Fizik
Lain-lain
51
37
16
222
15.6
11.3
4.9
68.1
423.14
394.24
381.00
400.34
4.01
3.96
3.99
4.00

Min Tahap Kreativiti Keseluruhan: 402.38

Tahap Kreativiti = Sederhana

Min Amalan Kreativiti keseluruhan: 4.00

Amalan Kreativiti = Tinggi

Jadual 2. Keputusan Analisis Ujian-t Bagi Tahap Kreativiti Berasaskan Jantina
Jantina
N
Min
SP
t
dk
P
L
P
116
210
395.69
406.08
92.46
96.87
-0.942
324
0.347
Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5, 2004
20

Jadual 3. Keputusan ANOVA Sehala Bagi Perbezaan Tahap Kreativiti Mengikut Umur, Pengkhususan & Pengalaman Mengajar
Sumber
JKD
dk
MKD
F
P
Umur
Antara Kump.
Dalam Kump.
Jumlah
14574.082
2937754.8
2952328.8
3
322
325
4858.027
9123.462
0.532
0.660
Peng-
khususan
Antara Kump.
Dalam Kump.
Jumlah
32094.002
2920234.8
2952328.8
3
322
325
10698.001
9069.052
1.180
0.318
Pengalam-
an Meng-
ajar
Antara Kump.
Dalam Kump.
Jumlah
17653.216
2934675.6
2952328.8
3
322
325
5884.405
9113.899
0.646
0.586
Jadual 4. Hubungan Antara Tahap Kreativiti Guru Dengan Amalan Kreativiti Guru Dalam Pengajaran Sains
Hubungan Pembolehubah
Tahap Kreativiti Guru
Tahap Signifikan
Amalan Kreativiti Dalam Pengajaran Sains
r = 0.078
p = 0.160
Nota: Signifikan pada aras keyakinan 0.05

Daripada hasil kajian yang dijalankan didapati guru-guru sains yang dikaji mempunyai tahap kreativiti yang sederhana dengan nilai min 402.38 dan amalan kreativiti yang tinggi dengan nilai min 4.00 secara keseluruhannya. Statistik inferensi Ujian-t yang dijalankan menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam tahap kreativiti antara guru sains lelaki dengan guru sains perempuan. Analisis statistik ANOVA Sehala telah menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam tahap kreativiti antara guru-guru sains dari segi umur, pengkhususan dan pengalaman mengajar. Analisis Korelasi Pearson pula telah menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kreativiti guru dengan amalan kreativiti dalam pengajaran sains.
Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5, 2004
21

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN
1. Nilai min kreativiti 402.38 bagi guru-guru sains yang dikaji adalah jauh lebih tinggi daripada nilai min kreativiti yang diperolehi oleh Yong (1989) dalam kajiannya ke atas pelajar-pelajar Malaysia di mana min kreativiti ialah 199.88 dan juga kajian Yu (1999) di mana min kreativiti pelajar yang diperolehi ialah 100.08.
2. Dapatan kajian yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kreativiti antara guru sains lelaki dengan guru sains perempuan adalah disokong oleh kajian Yu (1999) dan kajian Wallach dan Kogan (dalam Kogan, 1974) tetapi bertentangan dengan dapatan kajian Yong (1989) dan Mohamad Hussin (1998).
3. Hasil kajian yang tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam tahap kreativiti antara guru-guru sains dari segi umur adalah bertentangan dengan dapatan kajian James dan Powell (1994) dan kajian Mohamad Hussin (1998).
4. Hasil kajian yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kreativiti antara guru-guru sains dari segi pengalaman mengajar adalah tidak selaras dengan penemuan kajian Mohamad Hussin (1998). Ini mungkin disebabkan oleh wujudnya faktor-faktor lain seperti halangan (Hahn 1973), kepakaran dan komitmen (Sternberg 1988).
5. Keputusan kajian yang mendapati tidak terdapat hubungan antara tahap kreativiti guru dengan amalan kreativiti dalam pengajaran sains adalah tidak sama dengan dapatan kajian Jing dan Oldham (2001). Ini mungkin disebabkan oleh faktor motivasi (Standler 1998) dan ketekunan (Sternberg 1988).

IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN
1. Tindakan perlu diambil untuk meningkatkan lagi tahap kreativiti di kalangan guru-guru sains seperti menjalankan program latihan kreativiti.
2. Guru perempuan memiliki potensi kreatif yang sama dengan lelaki.
3. Performans kreativiti yang ditunjukkan oleh guru-guru sains tidak bergantung kepada umur.
4. Kreativiti seseorang guru sains tidak bergantung kepada tempoh perkhidmatan beliau.
5. Kreativiti seseorang guru sains adalah sama sahaja tidak kira sama ada guru itu berpengkhususan Biologi, Kimia atau Fizik.
6. Amalan guru-guru sains di bilik darjah atau makmal tidak bergantung kepada kreativiti yang dimilikinya. Faktor-faktor yang menjadi penghalang kepada kreativiti perlu diketahui dan difahami serta ditangani.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
1. Kajian lanjut boleh dijalankan di sekolah-sekolah menengah atau sekolah-sekolah rendah di kawasan lain.
2. Faktor pembolehubah lain seperti lokasi sekolah, jenis sekolah, kelulusan ikhtisas, status perkahwinan dan bangsa boleh dikaji dari segi tahap
Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5, 2004
22
kreativiti dan amalannya dalam pengajaran sains di kalangan guru-guru sains.
3. Kajian untuk mengkaji faktor-faktor penghalang kreativiti guru-guru sains boleh dijalankan.
4. Kaedah pemerhatian di kelas boleh dijalankan ke atas guru-guru sains untuk menyokong dan memantapkan lagi dapatan khususnya dari segi amalan kreativiti dalam pengajaran sains.

RUMUSAN
1. Adalah diharapkan kajian ini dapat menambah kepada literatur yang sedia ada tentang kreativiti.
2. Kajian ini juga berharap dapat membekalkan beberapa maklumat penting untuk penggubal dasar, pentadbir-pentadbir sekolah, perancang dan pelaksana kurikulum bagi membantu mereka bentuk program yang boleh menampung secukupnya demi pengembangan potensi kreativiti di kalangan para pendidik.
3. Adalah diharapkan agar kajian ini dapat membantu guru-guru sains menyedari akan potensi kreativiti masing-masing serta mengamalkannya dalam pengajaran mereka.

RUJUKAN
Ensiklopedia Malaysiana. (1996). Jilid 14. Kamus (A – K). Kuala Lumpur: Anzagain Sdn. Bhd.
Gan Wan Yeat. (1998). Creativity And Creative Perception Among Female Bachelor Education Students At The University of Malaya. Dissertation M. Ed. Universiti Malaya.
Hahn, Robert O. (1973). Creative Teachers: Who Wants Them? New York: John Wiley & Sons.
Haji Mohd. Ali bin Muda. (1994). Isu Kreativiti Dan Tuntutan Perubahan Dalam Pendidikan. Warta Pendeta. Jurnal Pendidikan Terengganu 1 (1): 53-60.
James, A. T. & Powell, F. C. (1994). Sense of Humor and Dimension of Personality. Journal of Clinical Psychology 49 (6): 799-809.
Jing Zhou & Oldham, Greg R. (2001). Enhancing Creative Performance: Effects of Expected Developmental Assessment Strategies and Creative Personality. The Journal of Creative Behavior 35 (3): 151-165.
Kogan, Nathan. (1974). Creativity and Sex Differences. The Journal of Creative Behavior 8 (1): 1-14.
Lim, Woong & Plucker, Jonathan A. (2001). Creativity Through a Lens of Social Responsibility: Implicit Theories of Creativity with Korean Samples. The Journal of Creative Behavior 35 (2): 115-129.
Mclnerney & Mclnerney. (1994). Educational Psychology: Constructing Learning. Sydney: Prentice Hall.
Mohamad Hussin bin Mohamad Yusof. (1998). Hubungan antara Kreativiti Dengan Pencapaian Akademik. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5, 2004
23
Noor Azmi Ibrahim. (1998). Pembangunan Kurikulum Abad Ke-21. Berita Kurikulum 9 (1): 6-7. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rejskind, Gillian. (2000). TAG Teachers: Only The Creative Need Apply. Roeper-Review 22: 153-157.
Rohani Abdul Hamid. (1999). Keperluan Pendidikan Abad Ke-21: Projek Sekolah Bestari. Prosiding Seminar Isu-Isu Pendidikan Negara, 2: 1-22.
Runco, Mark A., Nemiro, Jill & Walberg, Herbert J. (1998). Personal Explicit Theories of Creativity. The Journal of Creative Behavior 32 (1): 1-17.
Standler, Ronald B. (1998). Creativity In Science And Engineering. (atas talian) http://www.rbsO.com/create.htm (13 Jun 2002).
Sternberg, Robert J. (1988). The Nature of Creativity: Contemporary Psychological Perpectives. New York: Cambridge University Press.
Torrance, E. Paul. (1962). Guiding Creative Talent. New Jersey: Prentice – Hall.
Torrance, E. P. & Ball, O. E. (1984). Torrance Tests of Creative Thinking: Streamlined (revised) Manual, Figural A and B. Bensenville: Scholastic Testing Service.
Yong, Leonard Mee Seng. (1989). Creativity: A Study of Malaysian Students. Selangor: Cordia Publication.
Yong, Leornard Mee Seng. (1992). Kreativiti di Kalangan Pelajar Malaysia. Jurnal Pendidikan 17: 3-16.
Yong, Leonard M. S. & Biriamah, Karen. (1996). Guru Yang Kreatif: Isu-Isu Teoritikal dan Aplikasi Praktikal. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd.
Yu, Chan Sing. (1999). Kreativiti Torrance dan Hubungannya Dengan Jantina, I. Q. dan Status Sosioekonomi: Satu Kajian Kes di Dua Buah Sekolah di Kajang, Selangor. Tesis Ijazah Sarjana Muda Dengan Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5, 2004

Kajian Stres Guru Pelatih Praktikum Kpli J.QAF
oleh
Mohd. Nor Bin Jaafar
mohdnor@ipsah.edu.my
Haji Ismail Bin Mat Ludin
ismailmludin@ipsah.edu.my
Institut Perguruan Sultan Abdul Halim

ABSTRAK
Kajian ini telah dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi stres guru pelatih KPLI j.QAF semasa menjalankan praktikum serta mengetahui tindakan mereka dalam menangani stres tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui temu bual yang dijalankan terhadap empat orang responden. Instrumen yang digunakan ialah semi struktur temu bual yang difokaskan kepada beberapa tema penting kajian. Kajian ini mendapati bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi stres guru pelatih ialah kurang mempunyai pengalaman sebagai guru, masalah memilih kaedah pengajaran dan penggunaan alat bantuan mengajar yang sesuai, masalah
penyediaan set induksi yang sesuai, kerja-kerja perkeranian dan tugas-tugas lain bukan mengajar. Tindakan-tindakan responden dalam menghadapi stres ialah seperti menghiburkan hati dengan berbual-bual dengan rakan-rakan, meluahkan perasaan kepada rakan-rakan dan ada yang berjalan-jalan mengelilingi bangunan sekolah. Dapatan kajian telah memberi maklum balas tentang stres guru pelatih dan amat berguna kepada BPG untuk merancang strategi-strategi tertentu ke arah menangani stres mereka.

PENDAHULUAN
Profesion keguruan adalah satu profesion yang memerlukan perhatian dan kajian yang berterusan kerana di sinilah letaknya kekuatan dan imej guru. Pada hakikatnya guru mempunyai keupayaan dan cara yang berbeza dalam menghadapi cabaran dalam tugas seharian mereka. Ada guru yang berjaya mengatasi masalah mereka dengan berkesan dan tidak kurang pula yang gagal mengatasinya yang akhirnya menimbulkan ketegangan dan stres dalam diri mereka. Menurut Fontana dan Abouserie (1993) stres adalah sesuatu yang lazim terdapat dalam profesion perkhidmatan yang berhubungan dengan manusia. Profesion keguruan adalah salah satu tugas yang mempunyai hubungan secara langsung dengan manusia terutama dengan pelajar-pelajar.
Walaupun stres dianggap sebagai sesuatu yang subjektif, namun kesannya amatlah merbahaya. Menurut Selye (1994), stres boleh membawa kepada penyakit psikosomatik. Pemendaman stres akan menyebabkan seseorang itu mengalami kecelaruan mental yang serius dan mungkin juga berakhir dengan penyakit mental. Stres yang dihadapi mungkin menyebabkannya tidak keupayaan menggunakan mental secara maksimum lalu menghancurkan kehidupan.
Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan

Tingkah laku dan personaliti seseorang akan menentukan keupayaannya menghadapi stres. Namun cara-cara menghadapi ataupun menangani stres tidak dapat diaplikasikan secara efektif tanpa mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan stres. Dalam profesion kerguruan,stres adalah suatu perkara yang tidak dapat dielakkan yang akan dialami oleh mereka yang bergelar
guru. Profesion perguruan dikatakan mengandungi banyak elemen situasi kerja yang boleh menimbulkan stres terutama apabila seseorang itu terpaksa berhadapan dengan ramai pelajar sepanjang hari (Pratt, 1978).
Pandangan umum bahawa profesion keguruan dianggap sebagai suatu profesion yang mudah kerana waktu kerja separuh hari sahaja dan disogokkan dengan tempoh masa cuti yang agak lama. Ada pula segelintir masyarakat berpendapat perguruan merupakan satu profesion yang paling senang dan mudah diperolehi. Savoy (1990), telah menyangkal tanggapan umum ini.Beliau mendapati tahap stres di kalangan guru terlatih adalah tinggi dan ini menunjukkan bahawa profesion keguruan di sekolah merupakan sesuatu yang penuh dengan stres. Jika dibandingkan dengan profesion lain, golongan gurulah yang paling banyak mengalami stres (Laughlin 1984). Setakat ini terdapat banyak kajian tentang stres yang dialami oleh guru-guru
terlatih. Hanya sedikit sahaja perhatian yang diberikan kepada guru-guru pelatih sedangkan mereka merupakan golongan yang terpaksa memenuhi pelbagai permintaan sebagai guru-guru terlatih.
Program latihan mengajar atau praktikum adalah komponen penting dalam kurikulum latihan perguruan praperkhidmatan yang berlandaskan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Praktikum merupakan program yang akan mendedahkan guru pelatih kepada pengalaman sebenar profesion keguruan. Mereka dikehendaki mematuhi dan menerima amalan kerjaya keguruan yang meliputi tugas-tugas bukan mengajar di samping pemberatan pada tugas-tugas pengajaran. Pada waktu ini mereka
belajar menjadi guru dengan mempraktikkan perkara-perkara teori yang telah mereka pelajari di maktab. Praktikum yang dijalani ini akan memantapkan kebolehan dan keyakinan guru pelatih untuk menjadi guru yang berkualiti.
Stres yang dihadapi oleh guru-guru pelatih di Malaysia adalah disebabkan oleh pelbagai faktor yang berkaitan di antara satu sama lain. Apabila seseorang guru pelatih menjalani latihan praktikum, mereka perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran baru yang agak berbeza.
Mereka terpaksa belajar untuk memenuhi segala keperluan diri secara bersendirian. Persekitaran baru, tanggungjawab, keperluan, rutin harian yang berlainan serta lingkungan pergaulan yang baru menyebabkan seseorang itu mengalami stres. Sementara itu, permintaan dan keperluan kehidupan, kehendak kurkulum, masalah kewangan, masalah peribadi akan
menambahkan tahap stres di kalangan guru pelatih semasa menjalani praktikum. Menurut Selye (1970), situasi persekitaran menjadi lebih tertekan apabila guru pelatih ini tidak berkemampuan memberi respons secara efektif terhadap stres yang dihadapi. Sekiranya stres
tidak dapat ditangani secara bijak,maka ia boleh mengganggu kesihatan mental dan fizikal serta boleh membawa kepada masalah peribadi. Oleh demikian kajian tentang stres guru pelatih semasa menjalani praktikum perlu diberi perhatian,dilihat dari situasi stres yang sebenar dan
faktor-faktor yang menyebabkan stres di kalangan mereka.
Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan

Pernyataan Masalah
Dalam bidang pendidikan guru di Malaysia, tiga komponen kursus yang diberi penekanan iaitu kurikulum, kokurikulum dan latihan mengajar praktikum).Ini termasuklah latihan bagi kursus KPLI j.QAF. mereka menjalani praktikum selama dua belas minggu. Ketika menjalani praktikum di sekolah, guru pelatih mengalami situasi kehidupan berbeza dengan gaya dan kebiasaan mereka di institut perguruan. Mereka juga dikehendaki memainkan peranan sebagai pendidik iaitu mengajar mengikut peraturan sekolah dan peraturan institusi, harapan pensyarah pembimbing yang mahukan mereka lakukan yang terbaik dan kerja-kerja perkeranian . Dalam mengharungi corak kehidupan baru di sekolah, guru pelatih diharap dapat mengubah sikap, gaya dan resam harian supaya dapat menyesuaikan diri dengan iklim persekitaran budaya sekolah, terutama apabila berinteraksi dengan guru besar, guru-guru dan murid-murid. Kehidupan yang dilalui di sekolah merupakan cabaran yang benar-benar menguji semangat, kesabaran, daya usaha dan ketahanan mereka. Walaupun mungkin tidak sampai mengalami kejutan budaya, adalah terbukti bahawa cabaran-cabaran yang dihadapi merupakan masalah besar yang boleh membawa kepada stres jika mereka kurang bersemangat, rendah diri dan
bersikap negatif terhadap program latihan mengajar. Ada kemungkinan kestabilan emosi guruguru pelatih tergugat semasa mereka menjalankan praktikum.

Objektif Kajian
(i) Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi stres guru pelatih KPLI j.QAF semasa menjalani praktikum
(ii) Mengetahui tindakan guru pelatih KPLI j.QAF dalam menangani stres semasa menjalani
latihan praktikum
Persoalan Kajian
(i) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi stres guru pelatih KPLI semasa menjalani latihan praktikum?
(ii) Bagaimanakah tindakan guru pelatih KPLI dalam menangani stres semasa menjalani latihan praktikum?

Rasional Kajian
Rasional kajian ini adalah bertujuan untuk melengkapkan diri dengan pengajaran dan pembelajaran bagi menjamin keberkesanan profesion keguruan. Justeru itu guru-guru pelatih ini perlu didedahkan dengan dunia pekerjaan yang harus ditempuhi,memahami potensi serta memahami kekuatan dan kelemahan diri. Melalui kajian ini juga diharapkan para pensyarah
dapat memahami masalah-masalah guru-guru pelatih secara mendalam dan dapat membantu mereka menghadapi stres dengan positif. Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan.

Kepentingan Kajian
Dapatan kajian ini diharap dapat memberi maklum balas kepada para pensyarah dan pihak institusi tentang stres guru pelatih semasa menjalani praktikum. Melalui kajian ini diharap penambahbaikan dapat dilakukan untuk memberi maklum balas kepada pihak sekolah, institut,Bahagian Pendidikan Guru dan Kementerian Pelajaran untuk menangani masalah stres secara
positif dan mengatur strategi-strategi tertentu yang lebih berkesan dalam memenuhi kehendak dan keperluan guru-guru pelatih. Oleh itu, dapatan kajian ini dapat memberi gambaran menyeluruh tentang faktor-faktor yang
menyebabkan seseorang guru pelatih menghadapi stres. Di samping itu juga kajian ini amat berguna kepada unit kaunseling di institut pendidikan ke arah melaksanakan program-program yang lebih efektif dan praktikal bagi menangani masalah stres di kalangan guru pelatih.

Batasan Kajian
Skop kajian tertumpu kepada guru pelatih KPLI j.QAF sekolah rendah ambilan tahun 2006. Kajian tertumpu kepada empat orang guru pelatih KPLI.

Definisi Istilah
Stres
Stres didefinisikan sebagai perbezaan antara keadaan yang pekerja hasilkan dengan keadaan yang diingini. Apabila perbezaan seperti itu dikira begitu terlalu penting oleh pekerja tersebut, stres akan mempengaruhi dua bentuk tingkah laku iaitu pertama, keadaan psikologi dan fizikal pekerja; kedua, usaha pekerja untuk mengatasi stres dengan cara mencegahnya atau
mengurangkannya. Times Lingua Dictionary (1992) mendefinisikan stres sebagai perasaan bimbang atau risau yang dialami oleh seseorang yang berpunca dari sesuatu peristiwa yang berlaku dalam kehidupan.Sementara Times Chambers Combine Dictionary Thesaurus (1995) mentakrifkan
stres sebagai reaksi seseorang sama ada dari segi fizikal atau emosi atau kedua-duanya yang boleh menyebabkan gangguan bukan sahaja kepada psikologi tetapi juga fizikal.Ini bererti bahawa stres boleh mendatangkan kesan yang negatif kepada seseorang. Durbin (1992), menyatakan stres merupakan peristiwa-perstiwa harian yang menekan minda, tubuh dan emosi. Menurutnya persepsi individu terhadap sesuatu situasi menentukan sama ada ia tertekan atau tidak. Aldwin (1994) di dalam bukunya ‘Stres,coping and development’ menyatakan bahawa Oxford English Dictionary mencatatkan bahawa istilah stres (stres) telah digunakan di dunia selewatlewatnya pada abad ke 18. Menurut Aldwin lagi,walaupun istilah tersebut telah lama digunakan,tetapi ia tidak mempunyai definisi khusus.

Daripada definisi-definisi stres yang dibincangkan,dapat dirumuskan bahawa stres boleh ditakrifkan sebagai:
(i) Tindakbalas seseorang sama ada dari segi fizikal atau psikologi terhadap sesuatu peristiwa atau Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan
(ii) Rangsangan iaitu peristiwa yang menjadi punca stres kepada seseorang atau;
(iii) Hasil penilaian seseorang terhadap sesuatu peristiwa dan penilaian terhadap kemampuan diri untuk menghadapi peristiwa tersebut.

Guru Pelatih KPLI j.QAF Guru-guru pelatih KPLI j.QAF adalah pelajar yang sedang mengikuti Kursus Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) selama 18 bulan iaitu tiga semester. Sepanjang latihan mereka ditempatkan di sekolah-sekolah rendah. Jangka masa mereka menjalankan latihan mengajar
ialah selama 12 minggu. Mereka diletakkan di bawah seliaan dan bimbingan pensyarah institut perguruan yang mengambil peranan sebagai penyelia.
Praktikum / Penyeliaan latihan mengajar Adalah khidmat professional yang dirancang meliputi aspek menyemak dan membimbing guru
pelatih menyediakan perancangan pengajaran, memerhati, menilai dan menyediakan laporan penilaian pengajaran guru pelatih dan kemudian menjalankan sesi bimbingan selepas pengajaran. Matlamat utama penyeliaan latihan mengajar ialah untuk membantu guru pelatih mempertingkatkan nilai-nilai ikhtisas mereka dalam tempoh latihan mengajar dijalankan. Semasa penyeliaan, penilaian akan dilakukan oleh pensyarah pembimbing. Proses
menganalisis, mentaksir dan menentukan aras perlakuan dan pencapaian guru pelatih akan dilakukan. Markah dan gred akan diberikan selepas proses penilaian dijalankan.

TINJAUAN LITERATUR

Pendahuluan
Dalam bab ini perbincangan akan ditumpukan kepada penulisan dan kajian lampau mengenai stres dan faktor-faktor yang menyebabkannya. Kajian lampau akan berfokus kepada definisi stres dan kajian yang berkaitan dengan faktor-faktor yang menyebabkan stres.

Tinjauan Am
Sayoy (1990) dalam satu kajian terhadap sekumpulan pensyarah pelatih yang akan mengajar di pusat pengajian tinggi di United Kingdom mendapati semua subjek kajian merasa tertekan apabila diselia oleh penyelia. 78.0 peratus menyatakan mereka bimbang dan risau sebelum berhadapan dengan para pelajar, manakala 47.0 peratus mendapati kehadiran guru lain dalam
kelas amat mengganggu. Subjek kajian juga didapati amat tertekan apabila menyediakan rancangan mengajar dan bahan bantu mengajar. Mereka menghabiskan antara tiga hingga enam jam untuk menyediakan rancangan mengajar. Ini menyebabkan mereka tidak mempunyai banyak masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti sosial. Menurut Isahak Haron (1985), masalah yang paling banyak dihadapi oleh guru pelatih ialah
berkaitan dengan disiplin kelas, sementara yang berkaitan dengan suasana kehidupan pula ialah pengangkutan ke sekolah dan masalah kewangan. Adalah jelas bahawa dalam masa menjalani latihan mengajar, guru pelatih terpaksa menanggung perbelanjaan yang lebih sedikit daripada kebiasaan mereka sewaktu berkursus kerana terpaksa menyediakan keperluan untuk
pengangkutan dan keperluan menyediakan peralatan mengajar.
Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan

Menurut Cohn (1981), dalam masa menjalani latihan mengajar, peranan guru pelatih mula berubah kerana kini mereka bertanggungjawab kepada dua institusi, iaitu institusi perguruan dan institusi sekolah. Kedua-duanya mempunyai matlamat dan objektif yang berbeza, yang kadang kala menimbulkan percanggahan. Institusi perguruan mahu mencapai matlamat melatih
guru mendapat pengalaman praktis dan memperkembangkan profesionalisme, manakala institusi sekolah pula lebih tertumpu kepada matlamat mendidik kanak-kanak. Oleh demikian, guru pelatih harus pandai menyesuaikan diri agar matlamat khusus mereka untuk berlatih mengajar dan memperolehi kemahiran di samping harapan untuk memperoleh kejayaan dapat dicapai. Tidak hairanlah dalam suasana seperti itu, latihan mengajar sering menimulkan kebimbangan, keresahan dan keteagangan di kalangan guru pelatih.
Guru pelatih KPLI juga menghadapi masalah dalam bidang latihan mengajar. Oleh kerana ramai guru pelatih KPLI tidak mempunyai pengalaman mengajar sebelum memasuki maktab perguruan, mereka rasa gelisah tentang latihan mengajar di sekolah dan tidak yakin mengajar mata pelajaran pengkhususan. Terdapat guru pelatih yang tidak tahu memilih kaedah mengajar yang sesuai serta tidak tahu menulis persediaan mengajar.(Yu Chok Tow, 1994). Menurut
Jamaluddin Yusoff (1990), yang menjalankan kajian tentang masalah profesional yang dihadapi oleh guru permulaan dalam proses penyesuaian di sekolah, mendapati kursus perguruan terlalu berbentuk teori dan hanya sedikit sahaja yang berkaitan dengan amalan pengajian di bilik
darjah. Perasaan bimbang dan ragu-ragu dengan kebolehan diri lebih banyak menguasai kehidupan guru pelatih dalam masa menjalani latihan mengajar.
Arus perubahan dan pembaharuan dalam senario pendidikan hari ini menjadikan tugas guru semakin mencabar. Tanggapan yang mengatakan bahawa kerjaya guru paling kurang stres tidak lagi benar. Banyak kajian yang dibuat sama ada kajian dalam dan luar negara menunjukkan bahawa kerjaya guru boleh diletakkan di kalangan pekerjaan yang berstres tinggi.
(Abdul Rahim, 1998). Beban kerja yang banyak terpaksa dipikul oleh guru juga menjadi masalah yang boleh menyebabkan timbul ketidakpuasan dan stres di kalangan guru. Menurut Sufean Husein (1993) tanggungjawab dan beban kerja guru kini semakin bertambah. Mereka bukan sahaja menjadi guru tetapi juga bertugas sebagai kerani dalam menyediakan urusan sampingan seperti urusan buku teks pelajar, hal ehwal kebajikan pelajar, disiplin pelajar, akaun persatuan dan kelas, kegiatan kurikulum dan kokurikulum dan sebagainya. Stres di kalangan guru-guru di negara ini semakin menjadi-jadi dan membimbangkan ekoran tugas bebanan tugas yang meningkat. Guru-guru kini terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan dalam bidang pendidikan sehingga wujudnya beban yang keterlaluan (Utusan Malaysia,19 Ogos 2005 , m.s. 1).

METODOLOGI
Pendahuluan
Kajian ini bersifat kualitatif. Kajian ini adalah sesuai untuk mengenalpasti faktor-faktor stres di kalangan guru pelatih KPLI j.QAF, kesan stres yang dialami dan tindakan guru pelatih dalammenangani stres. Kaedah ini dipilih kerana data-data dapat diperolehi secara lebih mendalam
dalam mengenalpasti sesuatu fenomena. Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan.

Reka bentuk Kajian
Reka bentuk kajian kualitatif untuk memahami sesuatu fenomena secara mendalam. Melalui pendekatan kualitatif, penyelidik akan dapat mengetahui lebih mendalam tentang stres yang dialami oleh guru pelatih KPLI j.QAF sewaktu menjalani praktikum. Kajian ini merupakan kajian yang melibatkan temubual separa struktur yang dibina oleh penyelidik. Seramai empat orang peserta akan ditemubual dan perbualan dirakamkan melalui pita rakaman setelah mendapat persetujuan daripada responden. Data-data temubual itu akan ditranskripsikan dan dianalisis mengikut tema-tema iaitu faktor-faktor stres, kesan stres dan cara menangani stres untuk menjawab persoalan kajian.

Sampelan
Seramai empat orang guru pelatih KPLI j.QAF dipilih sebagai responden kajian. Pemilihan
responden adalah berdasarkan kepada ‘purposive sampling’ yang sesuai dengan kajian ini.
Pemilihan responden berdasarkan kepada maklumat yang dperolehi daripada rakan pelatih dan
pensyarah pembimbing.
Instrumen
Instrumen yang digunakan ialah semi struktur temubual yang difokuskan kepada beberapa
tema penting untuk mengetahui faktor-faktor stres dan tindakan menangani stres di kalangan
responden. Proses temubual akan diadakan secara mendalam untuk mengetahui tentang stres
guru pelatih semasa menjalani praktikum. Temubual akan dirakamkan seperti yang telah
dijelaskan dalam 3.2.3. Penyelidik juga merupakan instrument kajian yang menjalankan
temubual. Pengkaji akan membuat temujanji dengan responden yang dipilih untuk ditemubual.
Pengkaji akan mewujudkan repor yang baik terlebih dahulu dengan responden supaya
responden akan merasa selesa sewaktu ditemubual.
Berikut adalah contoh soalan temubual separa struktur yang berdasarkan kepada tema faktor
stres, kesan dan tindakan. Pengkaji akan memastikan agar temubual itu dapat dijalankan
secara mendalam (indepth).
Untuk menjawab persoalan 1 berkaitan faktor stres di kalangan guru pelatih, soalan-soalan
temubual adalah seperti berikut:
Tema: Faktor stres di kalangan guru pelatih KPLI j.QAF
1. Apakah perasaan saudara ketika menjalani latihan praktikum?
2. Apakah perkara-perkara lain selain daripada faktor yang saudara jelaskan?
Tema: Tindakan guru pelatih KPLI j.QAF untuk menangani stres
1. Apakah langkah-langkah yang saudara ambil untuk mengatasi stres?
2. Adakah ianya berjaya mengatasi masalah tersebut?
Di samping tema-tema di atas terdapat soalan terbuka untuk responden sebelum temubual
berakhir.
Soalan:
Sebelum ditamatkan temubual ini, mungkin saudara mahu menyatakan sesuatu tentang stres
atau sebarang perkara yang ingin saudara sentuh tentang stres.
Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan
7
Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007
Kajian Rintis
Semua soalan temubual akan diuji terlebih dahulu kepada empat orang guru pelatih yang bukan
sebagai responden kajian. Pembetulan akan dibuat kepada soalan-soalan yang kurang sesuai.
Tujuan kajian rintis ini adalah untuk memastikan soalan-soalan yang dikemukakan tidak
menimbulkan kesukaran dan difahami oleh responden yang sebenar nanti. Di samping itu,
kajian rintis ini akan dapat memperbaiki kemahiran teknik temubual pengkaji .
Analisis Data
Data-data yang diperolehi daripada temubual akan ditranskripsikan dan data-data transkripsi
akan dianalisis secara manual untuk menjawab kepada persoalan kajian iaitu faktor-faktor stres,
kesan dan tindakan yang akan dilakukan oleh guru pelatih KPLI j.QAF dalam menangani stres.
Data-data yang diperolehi akan dikodkan dan kod-kod petikan akan digunakan untuk menjawab
persoalan-persoalan kajian. Data-data yang tidak perlu tidak akan digunakan.Disamping itu
untuk memudahkan analisis data temubual, responden satu akan dikodkan kepada R1 dan
responden dua akan menggunakan kod R 2, responden 3 R 3 dan Responden 4 R 4.
DAPATAN KAJIAN
Pendahuluan
Bab ini akan membincangkan secara terperinci dan menyeluruh data-data yang diperolehi
daripada persoalan-persoalan kajian yang berhubung dengan stres di kalangan guru pelatih
KPLI semasa menjalani praktikum. Data yang diperolehi melalui temubual telah ditranskripsikan
secara manual dan dapatan kajian diperjelaskan berdasarkan tema-tema iaitu faktor-faktor
stres, kesan stres dan tindakan guru pelatih dalam menangani stres.
Faktor-faktor yang mempengaruhi stres di kalangan guru pelatih KPLI j.QAF semasa
menjalani praktikum
Bagi menjawab persoalan kajian 1, berdasarkan data transkripsi yang telah dianalisis secara
manual didapati bahawa stres di kalangan guru pelatih KPLI j. QAF semasa menjalani latihan
praktikum adalah disebabkan oleh beberapa faktor iaitu:
Kurang pengalaman sebagai guru
Kurang pengalaman sebagai guru merupakan faktor stres guru pelatih KPLI j.QAF semasa
menjalani latihan praktikum. Oleh kerana kurang pengalaman mengajar sebelum menjalani
latihan praktikum, guru pelatih banyak melakukan kesilapan kerana mengalami perasaan
gementar. Responden juga berasa kurang yakin kerana semasa praktikum responden akan
diselia oleh guru dan pensyarah pembimbing yang akan menilai kebolehan dan keupayaan
mereka mempraktikkan segala ilmu pendidikan yang telah diperolehi dan dipelajari semasa
latihan perguruan. Responden menyatakan:
” ... oleh kerana kurang pengalaman mengajar saya rasa gementar apabila pesyarah atau
guru pembimbing menyelia saya. Perasaan gementar ini membuat saya banyak melakukan
kesilapan seperti tidak mengingat langkah-langkah yang saya rancang dalam RPH saya. Saya
juga kurang Yakin sama ada pengajaran saya mencapai objektif atau tidak. Ini yang membuat
saya stres. ’’ (R 1)
Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan
8
Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007
Masalah memilih kaedah pengajaran yang sesuai
Memilih kaedah pengajaran yang menarik dan sesuai merupakan antara faktor yang
menyebabkan stres di kalangan guru pelatih KPLI j.QAF semasa menjalani praktikum.
Sepanjang praktikum, responden perlu bekerja keras untuk memikirkan idea-idea menarik yang
dapat memberansang minat pelajar. Responden berasa tertekan dan kecewa kerana selalu
ketandusan idea untuk menyediakan kaedah pengajaran yang menarik dan berkesan.
Responden dua menyatakan:
“...Saya banyak berfikir untuk menyediakan kaedah yang menarik semasa mengajar.
Saya rasa puas jika saya berjaya, sebaliknya saya stres jika ketandusan idea dan saya selalu
berharap agar idea yang saya sampaikan itu dapat menarik perhatian pelajar tapi kadang-kala
ia seperti sebaliknya. Jadi perasaan kecewa itu wujud di situlah.” (R2)
Bagi menyediakan strategi yang berkesan, responden mendapati banyak masa yang digunakan
untuk menghasilkan suatu kaedah yang kreatif. Ini menyebabkan responden berasa tertekan
kerana kurang mempunyai idea untuk menghasilkan kaedah pengajaran yang sesuai. Oleh
kerana tidak bersedia dengan kaedah pengajaran yang menarik, responden berasa tidak mahu
masuk ke kelas dan dengan sengaja melambatkan masa untuk masuk mengajar. Ini
sebagaimana yang dinyatakan oleh responden dua seperti berikut :
“... Itu memang masalah sangatlah. Memang tak tahu.. jadi ‘blank’ aa.. kabur. Strategi tak ada
langsung, kadang-kadang masuk ke kelas tanpa ‘lesson plan’. Jadi saya ajar apa yang saya
tahu. Saya rasa macam gagal. Saya rasa rasa tak mahu masuk ke kelas. Saya rasa stres bila
saya selalu melambatkan masuk kelas” (R2 )
Penyediaan Induksi Set
Kesukaran menyediakan induksi set yang menarik juga telah menimbulkan stres kepada
responden. Stres akan dirasai oleh responden bukan sahaja sebelum mengajar, tetapi
responden juga berasa tertekan ketika berada di dalam kelas. Perasaan tertekan juga terasa
apabila pelajar tidak memahami induksi set yang disediakan. Penyediaan induksi set
menimbulkan kesukaran kepada responden kerana responden perlu memikirkan induksi set
yang menarik dan bersesuaian dengan tahap pelajar. Rasa bosan juga timbul apabila
responden berasa sukar menyediakan induksi set yang menarik, tambahan pula terpaksa
mengambil masa yang lama untuk memikirkan masalah ini. Responden satu menyatakan:
“... timbul perasaan bosan, kerana bila terlampau memikirkan sangat, lama-lama akan
timbul perasaan bosan. Jadi kadang kala apa saja yang terlintas yang agak mudah itulah yang
akan saya gunakan. Kadang-kadang rasa hendak tolong murid-murid sebaik-baiklah tapi rasa
setakat yang mampu, buat sajalah”.
(R2)
Penyediaan Alat Bantu Mengajar
Dalam penyediaan alat bantu mengajar, responden perlu menyediakan alat bantu mengajar
yang bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar. Responden juga menghadapi masalah
untuk menyediakan alat bantu mengajar multimedia seperti LCD kerana kurang pengetahuan
Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan
9
Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007
untuk mengendalikannya. Selain itu masa yang suntuk untuk membuat tempahan dan
ketiadaan tempat yang sesuai telah menimbulkan stres apabila respoden berusaha untuk
menyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian dan dapat menarik minat pelajar.
Penyeliaan oleh Pensyarah Pembimbing
Perasaan gementar ketika diselia juga menimbulkan stres kepada guru pelatih ketika menjalani
latihan praktikum. Meskipun responden berasa seronok untuk menunjukkan kebolehan ketika
diselia, responden juga berasa kurang yakin, gementar, cemas dan sedih kerana menyedari
tentang kesilapan yang telah dilakukan ketika pengajaran dijalankan. Kegagalan mengajar
dengan baik menimbulkan perasaan kurang yakin dan responden mudah berasa kecewa dan
putus asa kerana masalah yang sama sering timbul ketika diselia.
Kelas Ganti
Kelas ganti yang perlu dikendalikan oleh responden juga merupakan faktor yang menyebabkan
stres ketika menjalani praktikum. Responden dikehendaki mengendalikan kelas ganti sekurangkurangnya
dua kelas atau paling banyak sebanyak enam kelas di dalam satu hari. Responden
merasakan waktu kelas ganti sepatutnya digunakan untuk menyediakan rancangan pengajaran
kerana masa banyak terbuang ketika kelas ganti memandangkan pelajar tidak memberi
perhatian ketika guru pelatih mengendalikan kelas dan pelajar didapati membuat bising dan
tidak menghormati guru. Keadaan pelajar seperti tidak menghiraukan guru, bersembang,
menyebabkan responden berasa marah, tidak dihargai, kecil hati dan rasa tertekan kerana
berasa seolah-oleh tidak wujud di dalam kelas.
Aktiviti-aktiviti Tambahan Sekolah
Aktiviti tambahan sekolah bukan pengajaran seperti mengisi borang-borang tertentu, kerja-kerja
perkeranian berkaitan dengan PIBG, keluar mengikuti kursus, menjadi hakim dalam
pertandingan-pertandingan dan juga membina soalan peperiksaan juga menimbulkan masalah
dan stres kepada guru pelatih.
” ... kerja-kerja perkeranian seperti mengisi bermacam-macam borang keluar mengikuti kursus
atau menjadi hakim pertandingan kuiz atau tilawah atau kena membina soalan, ini yang
membuat saya stress ’’ (R3)
Tindakan Guru Pelatih KPLI dalam Menangani Stres Semasa Menjalani Latihan Praktikum
Bagi menjawab persoalan kajian 2, berdasarkan data transkripsi yang telah dianalisis secara
manual didapati bahawa tindakan kalangan guru pelatih KPLI menangani stres semasa
menjalani latihan praktikum adalah seperti berikut:
Lambat Masuk Kelas
Stres memilih kaedah pengajaran yang sesuai telah menyebabkan responden berasa gagal
menyediakan rancangan mengajar yang sempurna. Bagi mengatasi stres yang dialami,
responden biasanya didapati tidak mahu masuk ke kelas dan sengaja masuk lewat. Responden
dua menyatakan seperti berikut:
Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan
10
Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007
“... Saya rasa macam gagal. Saya rasa tak nak masuk ke kelas. Saya rasa stres bila selalu
melambatkan masuk ke kelas.” (R2:))
Berbual-bual dengan rakan
Responden juga mengambil tindakan menangani stres dengan cara berbual-bual dengan
rakan-rakan di bilik guru semasa waktu rehat. Tujuan berbual tersebut ialah untuk melupakan
masalah-masalah yang dihadapi.
”... untuk menangani stres saya sering berbual-bual dengan rakan-rakan di bilik guru pada
waktu rehat. Dengan ini saya dapat lupakan segala masalah yang saya hadapi ” (R:4)
Berjalan-berjalan Mengelilingi Bangunan Sekolah
Selain itu, ada juga responden yang berjalan-jalan mengelilingi bangunan sekolah untuk
mengatasi stres. Responden tiga menyatakan seperti berikut:
. “.. Kadang kala kalau terlampau berat stres yang saya alamai saya berjalan-jalan mengelilingi
bangunan sekolah dengan harapan untuk menghilangkan stres tersebut.” (R:3).
Kesimpulan
Kesimpulannya, berdasarkan analisis transkripsi, didapati guru pelatih KPLI j.QAF telah
mengalami stres semasa menjalani latihan praktikum. Kesan daripada stres yang dialami
didapati responden mengalami berbagai kesan iaitu terhadap diri sendiri, kesan terhadap
hubungannya dengan rakan dan kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran. Responden
didapati melakukan beberapa tindakan sebagai mengatasi stres yang dialami. Walaupun
responden berusaha mengatasi stres yang dialami, tetapi terdapat tindakan yang hanya bersifat
sementara sahaja. Stres tetap dirasai sepanjang latihan praktikum kerana perkara dan masalah
yang sama tetap akan berulang.
RUMUSAN DAN CADANGAN
Pendahuluan
Bab ini akan merumuskan secara keseluruhan mengenai stres guru –guru pelatih KPLI j.QAF
berdasarkan analisis transkipsi yang diperolehi daripada temubual yang telah dilakukan.
Berdasarkan analisis yang telah dinyatakan didapati guru pelatih KPLI j.QAF memang
mengalami stres semasa menjalani semasa praktikum. Responden didapati mengalami stres
disebabkan faktor-faktor persekitaran ketika menjalani praktikum. Jangka masa praktikum
selama 12 minggu telah menguji keupayaan guru pelatih dalam menghadapi suasana
pengajaran dan pembelajaran yang sebenar.
Rumusan Kajian
Stres di kalangan guru pelatih KPLI j.QAF semasa menjalani praktikum Adalah disebabkan oleh
beberapa faktor yang dtelah dikenalpasti. Semasa menjalani praktikum, guru pelatih mengalami
stres kerana terpaksa bertindak mengikut keperluan praktikum dan prosedur yang telah
Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan
11
Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007
ditetapkan. Keperluan menyediakan suatu rancangan pengajaran yang sesuai dan menarik
merupakan suatu pengalaman baru kepada guru pelatih yang menguji kebolehan dan kreativiti
mereka semasa di sekolah. Sungguh pun berasa gembira dengan pengalaman yang baru, guru
pelatih mengalami berbagai perasaan kerana cuba melakukan yang terbaik dan bimbang akan
menjejaskan kreadibiliti sebagai guru baru. Perasaan gementar antara perasaan yang tidak
dapat dielakkan kerana sebagai guru yang kurang berpengalaman mengajar, guru pelatih
kurang yakin dengan pengajaran yang dilaksanakan kerana bimbang terdapat kesalahan
semasa mengajar. .
Stres juga disebabkan oleh persediaan yang perlu dilakukan semasa latihan mengajar. Banyak
masa diperuntukkan untuk menyediakan suatu rancangan yang menarik dan berkesan
sepertimana yang dikehendaki semasa latihan mengajar. Guru pelatih perlu memikirkan
pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan menarik untuk menarik minat dan perhatian
pelajar. Persediaan mengajar seperti menyediakan rancangan pengajaran, objektif, isi
kandungan,kaedah pengajran, induksi set dan alat bantu mengajar telah memberi stres kepada
guru pelatih semasa menjalani praktikum. Oleh kerana guru pelatih dikehendaki mengajar lebih
dari satu kelas sehari, masa yang panjang diperlukan untuk menyediakan rancangan
pengajaran yang berbeza bagi setiap kelas mengikut kebolehan dan kemampuan pelajar.
Perasaan gementar dan cemas lebih dirasai oleh guru pelatih ketika diselia oleh pensyarah
pembimbing. Perasaan kurang yakin terhadap kebolehan sendiri timbul apabila menerima
komen daripada pensyarah pembimbing. Guru pelatih didapati mudah berasa kecewa dan
putus asa kerana kurang berjaya melaksanakan pengajaran yang sebaiknya sepertimana yang
dikehendaki oleh pensyarah pembimbing semasa diselia. Kegagalan menunjukkan suasana
pengajaran yang sempurna menyebabkan guru pelatih merasakan masih belum layak untuk
bergelar sebagai seorang guru. Perasaan ini menimbulkan stres kepada guru pelatih.
Beberapa cara dilakukan oleh guru pelatih sebagai menangani stres semasa praktikum.
Meluahkan perasaan kepada rakan, mengurangkan tekanan dengan berjalan-jalan mengelilingi
bangunan sekolah antara cara-cara yang dilakukan oleh guru pelatih KPLI j.QAF semasa
latihan praktikum. Persediaan yang tidak mencukupi untuk mengajar menyebabkan guru pelatih
kadang-kala datang lewat ke kelas sebagai langkah untuk mengatasi stres yang dialami. Selain
itu, guru pelatih juga bersukan pada waktu petang sebagai satu cara mengatasi stres dan
menukar kaedah pengajaran untuk menarik minat pelajar sebagai cara mengatasi stres yang
disebabkan oleh faktor murid yang tidak memberi perhatian.
Cadangan Kajian Lanjutan
Berdasarkan dapatan kajian di atas adalah dicadangkan para penyelidik di masa akan datang
untuk melanjutkan kajian ini kepada :
1. Stres guru pelatih semasa di bilik kuliah.
2. Stres guru permulaan setelah berada di sekolah dalam tempoh tiga tahun pertama.
3. Stres guru pelatih semasa menjalani latihan perguruan semasa berada di maktab
perguruan.
Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan
12
Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahim Mohd. Yunus. (1998). Stres di kalangan guru sekolah menengah dan kaitannya
terhadap pengurusan ‘stres’. Tesis Sarjana Ekonomi dan Pengurusan (tidak diterbitkan),
Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Aldwin, C. M. (1994). Stres,Coping and Development: An Integrative Perspective, New York:
The Guillford Press.
Cohn, M. “A New Supervision Model for Linking Theory to Practice.” Journal of Teacher
Education, Vol. XXXII, no. 3, 1981: 26-30.
Durbin, N. (1992). Promoting well being at college: Stres management for students. Journal of
Further and Higher Education, 16 (1), 22-29.
Fontana, D., & Abouserie, R. (1993). Stres levels, gender and personality factors in
teachers.British Journal Education Psychology, 63, 261-270.
Hayes, D. (1991). Students on teaching practice: Issue of compatibility. Journal of Further and
Higher Education, 15 (1), 67-74.
Isahak Haron. “Masyarakat Bermotivasi dan Berdisiplin: Penilaian Kembali Orientasi Pendidikan
Ltihan Perguruan”. Kertas Kerja Dalam Konvensyen Pendidikan VII, Kuala Trengganu,
6-8 hb Disember 1982. Kuala Lumpur: Persatuan Suluh Budiman, 1982.
Jamaluddin Yusoff (1990), ‘Masalah Profesional Yang Dihadapi Oleh Guru Baru Dalam Proses
Penyesuaian Di Sekolah’, Jurnal Pendidik Guru, Bil. 6, 12-16.
Jamilah Ahmad (1992). Masalah guru pelatih Maktab Perguruan Islam dan kesannya ke atas
kehidupan social mereka: Satu tinjauan awal. Jurnal Pendidikan Maktab Perguruan
Islam, 2, 12-23.
Savoy, L. (1990). Sources of stres on trainee lectures for further and higher education. Journal
of Further and Higher Education, 142 (2), 94-104.
Sufean Husein, (1993). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, sistem dan falsafah, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Times Chambers Combine Dictionary Thesaurus. (1995). Singapore. Federal Publications.
Abdul Muin Sapidin, Stres guru: Akibat Banyak Perubahan Dan Bebanan Tugas Yang
Keterlaluan, Utusan Malaysia. (2005). 19 Ogos, m.s. 1.
Yu Chok Tow, (1994). Masalah Guru Pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah Di Maktab
Perguruan Raja Melewar, Seremban. Tesis Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan
13
Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007
Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan
14

ABSTRAK


Kajian ini bertujuan untuk meneliti mutu pencapaian pendidikan dan masalah keciciran yang berpunca dari faktor murid-murid tidak menyiapkan kerja rumah dalam mata pelajaran Sains di kalangan murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Gua, Kuala Lipis khasnya dan di kalangan pelajar sekolah rendah amnya. Di samping itu, kajian ini juga akan cuba untuk melihat beberapa kekangan dalam menyiapkan kerja rumah dalam mata pelajaran Sains terutamanya di kalangan masyarakat luar bandar, lebih-lebih lagi pada ketika ini dilihat mata pelajaran Sains menggunkan bahasa pengantar Bahasa Inggeris selaras dengan dasar pendidikan globalisasi. Berkait dengan masalah mutu pendidikan dan masalah keciciran pelajar, di sini jelas menunjukan bahawa mata pelajaran Sains memainkan peranan penting. Ini adalah disebabkan mata pelajaran Sains merupakan satu mata pelajaran teras yang menjadi tunjang dalam meningkatkan prestasi sesebuah sekolah dan murid itu sendiri. Selain itu, beberapa cadangan juga diberikan dalam usaha mengatasi masalah murid tidak menyiapkan kerja rumah dalam mata pelajaran Sains.










BAB 1
Pendahuluan

1.1 Pengenalan

Selaras dengan perkembangan dan kemajuan teknologi dalam pendidikan maka Sains dan Matematik merupakan dua mata pelajaran yang penting bagi merealisasikan inpirasi negara yang akan menjadi Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020. Bagi mencapai matlamat ini Kementerian Pelajaran telah mencadang dan melaksanakan penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Justeru itu, kepentingan mata pelajaran ini tidak akan mencapai matlamat sekiranya penekanan terhadap pelajar tidak diberikan, ini termasuklah memberi perhatian terhadap pelajar yang tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru.

Tidak dapat dinafikan masalah pelajar yang tidak menyiapkan kerja rumah (Eh Ah Meng : 1989) telah mendefinisikan kerja rumah (homework) sebagai satu latihan yang perlu dibuat di rumah, yang diberikan oleh guru telah menjadi penyakit yang sering diperkatakan terutamanya di kalangan pihak-pihak yang terlibat iaitu guru-guru dan ibu bapa.

Lanjutan daripada masalah ini kami telah menjalankan satu kaji selidik tentang faktor-faktor yang menyebabkan kerja rumah dalam subjek Sains tidak disiapkan.

1.2 Penyataan masalah

Peranan Pendidikan adalah amat penting dalam pembangunan sesebuah masyarakat, bangsa dan negara. Menyedari akan hal ini, maka faktor pendidikan perlu diberi keutamaan untuk menjamin masa depan yang gemilang dalam sesebuah negara. Gould (1993) mendapati bahawa pendidikan mempunyai empat fungsi yang utama. Pertama, sebagai faktor peningkatan ekonomi; kedua, pendidikan sebagai faktor kepada perubahan sosial dan permodenan; ketiga, pendidikan mampu mempromosikan keadilan dan keempat pendidikan mampu mempercepatkan perubahan sosial dan ekonomi dalam sesebuah masyarakat (Gould, 1993:3).

Berdasarkan kepada kepentingan pendidikan ini, maka kajian ini akan cuba untuk melihat bagaimana teori sosiologi mempengaruhi faktor murid tidak menyiapkan kerja rumah. Sejauh manakah murid yang tidak meminati mata pelajaran Sains mengikut jantina? Adakah mata pelajaran Sains sukar untuk dipelajari? Serta adakah murid berasakan bahawa mata pelajaran Sains ini merupakan satu mata pelajaran yang menarik dan menggembirakan untuk diikuti.

Berhubung dengan itu kami telah membuat kajian tentang permasalahan ini di Sekolah Kebangsaan Gua, Kuala Lipis Pahang. Berdasarkan soalan soal selidik yang kami telah jalankan terhadap 19 orang murid tahun empat(4), kami dapati bahawa lima(5) orang lelaki dan tiga(3) orang perempuan daripada mereka tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.

Secara umumnya, sekolah ini terdiri daripada murid-murid yang berlatar belakangkan keluarga dan kehidupan yang berbeza dari segi sosio ekonomi mereka. Pendapatan yang diperolehi oleh keluarga mereka adalah rendah dan sederhana yang mana kebanyakan ibu bapa bekerja sebagai peneroh getah.

Keadaan ini mempengaruhi faktor minat murid-murid ini terhadap mata pelajaran sains terutamanya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Berdasarkan soal selidik yang kami jalankan di sekolah ini, kami dapati punca kemerosotan mata pelajaran sains dalam peperiksaan pertengahan tahun adalah disebabkan oleh sikap murid yang tidak mengambil berat tentang pelajaran ini termasuklah tidak menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru mereka.




Sikap atau sahsiah merupakan diri seseorang itu secara objektif atau sebagaimana yang ada pada dirinya, (Atan Long, 1988). Ia adalah bergantung kepada organisasi sistem psikologi dan sistem kejasmanian yang terdapat di dalam dirinya. Menurut Ee Ah Meng, (1989), jika didapati seseorang guru itu yang autokrat atau dominan, maka murid-murid sentiasa berada dalam keadaan emosi yang tertekan seperti berasa bimbang serta takut pada gurunya. Keadaan emosi murid yang tertekan akan menjejaskan keupayaan murid-murid untuk menerima pelajaran yang disampaikan. Keadaan ini boleh mewujudkan pengasingan iaitu kelompok tertutup (cligue) yang akan mengganggu proses pembelajarannya yang boleh menyebabkan keciciran pelajaran ke atas diri mereka.

Kebanyakan pelajar sekolah juga suka membuat perbincangan secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah kerja rumah yang diberikan oleh guru. Perbincangan secara berkumpulan ini sudah menjadi perkara biasa bagi pelajar. Perbincangan mata pelajaran ini berlaku sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Perkembangan atau situasi sebegini membantu mereka untuk meningkatkan pengetahuan mata pelajaran Sains.

Walaupun begitu, tanggungjawab dan minat terhadap mata pelajaran, memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi sikap positif dan selalu mengambil berat tentang mata pelajaran Sains. Apabila murid berasakan dirinya berkemampuan untuk megikuti pelajaran itu, maka murid akan menunjukkan sikap serta minat yang positif dalam mata pelajaran tersebut yang membolehkan seseorang murid itu dapat menguasai dan mempertingkatkan penguasaan dalam mata pelajaran tersebut dengan sempurna walaupun proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Mereka akan sentiasa cuba berusaha untuk menguasai mata pelajaran ini.

Di samping itu juga, sikap suka berkawan tidak mengikut tahap kecerdasan sesama sendiri akan mewujudkan sikap saling bantu-membantu antara pelajar-pelajar yang cerdas dengan yang lemah. Hasil daripada kerjasama antara mereka ini dan dorongan daripada guru telah menyebabkan peratusan kelulusan dan kecemerlangan mata pelajaran Sains telah meningkat dari semasa ke semasa.

Sikap ingin berjaya seperti rakan sebaya melalui pergaulan turut menyumbang ke arah pembentukan Sahsiah Ekstrovert iaitu sikap bermotivasi dalam memajukan pencapaian diri mereka berdasarkan kemajuan rakan-rakan dalam menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru mereka.

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid tidak menyiapkan kerja rumah dalam mata pelajaran sains yang diberi oleh guru. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah :

i. Mengenalpasti punca atau faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid Sek. Keb. Gua Kuala Lipis, tidak menyiapkan kerja rumah mata pelajaran Sains.
ii. Mengenalpasti sikap atau peranan ibu bapa terhadap pelajaran anak-anak
iii. Mendapatkan pandangan dari guru tentang masalah kemerosotan mata pelajaran Sains.
iv. Mengetahui sejauh mana minat murid terhadap mata pelajaran sains.

1.4 Soalan-soalan Kajian

Bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi maka soalan-soalan dibina berdasarkan objektif kajian yang mempersoalkan tentang kenapa masalah murid tidak menyiapkan kerja rumah:

a. Apakah faktor-faktor yang menyebabakan murid-murid Sek. Keb. Gua tidak menyiapkan kerja rumah dalam mata pelajaran Sains?
b. Adakah ibu bapa memainkan peranan untuk memastikan anak-anak mereka menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru?
c. Apakah pandangan guru terhadap faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan mata pelajaran Sains?
d. Adakah murid-murid ini berminat terhadap mata pelajaran Sains?

1.5 Hipotesis

Hipotesis selalu dikaitkan dengan kajian berbentuk kuantitatif yang merupakan kenyataan yang dibuat oleh penyelidik untuk meramalkan atau jangkaan terhadap hasil kajian yang dibuat. Hipotesis akan dibuktikan apabila kajian selesai dan ditunjukan oleh hasil kajian berkenaan. Hipotesis dibina berdasarkan sorotan literatur yang dibuat lebih awal. Penyataan masalah dan rujukan-rujukan bahan akan membantu seseorang dalam membina hipotesis dalam membuat kajian

Hasil kajian yang telah dibuat melalui soalan-soalan yang dibina dan dijawab oleh murid-murid tahun 4 di Sek. Keb. Gua, didapati bahawa antara lain faktor yang mempengaruhi murid tidak menyiapkan kerja rumah diberikan termasuklah:

1.5.1 Terdapat hubungan antara aktiviti menyiapkan kerja rumah dengan gangguan-gangguan persekitaran.
1.5.2 Masalah tidak menyiapkan kerja rumah dikalangan murid juga dipengaruhi oleh gender, yang mana murid lelaki cenderung untuk tidak menyiapkan kerja rumah berbanding murid perempuan dilihat lebih bertanggungjawab dalalm menyiapkan kerja-kerja(latihan) yang diberikan oleh guru.
1.5.3 Terdapat hubungan antara tidak menyiapkan kerja rumah dengan latar belakang kelas sosial pelajar.






1.6 Definisi Konsep

Berikut adalah beberapa definisi yang akan digunakan dalam bidang kajian ini:

Definisi Sekolah mengikut Ee Ah Meng (1989) sekolah adalah suatu organisasi yang formal yang di dalamnya mempunyai dasar yang tegas, iaitu terdapatnya peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur tertentu yang ditetapkan dan perlu dipatuhi. Ia juga mempunyai tujuan yang jelas seperti mewujudkan perpaduan, meningkatkan mutu pendidikan, melengkapi murid-murid dengan pengetahuan serta kemahiran dan membentuk insan yang harmonis. Manakala aspek kepimpinan adalah secara perwakilan di mana kuasa adalah mengikut satu hierarki, iaitu Jemaah Lembaga Pengelola Sekolah di puncak, diikuti oleh pengetua, penolong kanan, guru-guru panitia dan guru-guru.

Definisi sekolah rendah secara menyeluruh ialah :
i) Sebuah institusi yang diuruskan secara formal dan bersistematik oleh mereka yang terdiri dari kalangan guru yang terlatih. Pengurus sekolah terdiri dari guru besar, penolong kanan, guru-guru panitia dan guru-guru.
ii) Suatu institusi di mana kanak-kanak yang berumur antara 6 hingga 12 tahun mendapat pendidikan secara formal di mana terdapat guru-guru yang terlatih mengajar dengan menggunakan sukatan pelajaran yang tersusun dan bersistematik.
Sebuah institusi pendidikan secara formal yang bermula dari Tahun Satu sehingga Tahun Enam di mana terdapat sistem penilaian yang dijalankan secara berterusan dan tersusun.

Sikap ialah satu konsep yang luas maknanya dan dikaitkan dengan berbagai-bagai perkara yang merangkumi pendapat dan kepercayaan kita terhadap sesuatu yang mempengaruhi perlakuan kita. Sikap boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa dan biasanya tidak bersifat kekal. Sikap kita akan berubah terhadap sesuatu benda apabila benda itu berubah atau bila ia mendapat pengetahuan baru mengenai benda itu.

Pencapaian yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah keputusan yang akan diperolehi dalam bentuk markah oleh seseorang murid itu hasil daripada sesuatu ujian atau peperiksaan yang dijalankan. Ujian yang dijalankan adalah sebagai satu alat untuk mengukur sejauhmanakah seseorang murid itu dapat memahami dan menguasai kemahiran pelajaran yang telah dipelajarinya.

Pencapaian yang rendah dalam konteks kajian ini bermaksud sejumlah markah yang diperolehi kurang dari markah lulus yang telah ditetapkan. Markah rendah yang kurang dari markah lulus yang ditetapkan ialah 0% hingga 39%. Manakala pencapaian yang tinggi dalam konteks kajian ini bermaksud sejumlah markah yang diperolehi lebih tinggi dari markah lulus yang ditetapkan. Markah tinggi dari markah lulus yang ditetapkan ialah 40% hingga 100%.

Hubungan adalah kaitan atau pertalian di antara dua perkara yang melibatkan satu sama lain. Contohnya hubungan antara manusia, haiwan, benda atau keadaan yang mempunyai kaitan dan hubungan antara satu sama lain. Dalam konteks ini hubungan merujuk kepada sikap dengan pencapaian akademik murid.

Murid adalah terdiri daripada lelaki atau perempuan yang mengikuti pelajaran di sekolah, kolej, maktab, institut dan sebagainya. Dalam konteks ini, murid yang dimaksudkan ialah murid sekolah rendah. Mereka terdiri daripada lelaki dan perempuan yang mengikuti pelajaran dari Tahun 1 hingga ke Tahun 6. Umur mereka dalam lingkungan 7 hingga 12 tahun. Kebanyakan murid yang belajar di sekolah kebangsaan adalah terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India. Majoritinya adalah murid-murid Melayu berbanding dengan murid-murid daripada bangsa-bangsa lain.



Eh Ah Meng(1989) telah mendefinisikan kerja rumah (homework) sebagai satu latihan yang perlu dibuat di rumah yang diberikan oleh guru. Kamus dewan(1991) pula mendefinisikan kerja rumah itu sebagai usaha berbagai-bagai kerja atau latihan untuk memahirkan murid-murid dalalm ilmu pelajaran yang berkenaan.

Mata pelajaran Sains adalah satu mata pelajaran yang wajib dan perlu diambil oleh semua murid yang mengikuti pelajaran di sekolah rendah dan menengah. Pada masa kini, mata pelajaran Sains telah menjadi subjek teras dalam kurikulum di sekolah. Oleh yang demikian, pencapaian dalam mata pelajaran Sains boleh ditakrifkan sebagai memperolehi atau menerima sesuatu markah atau gred bagi mata pelajaran Sains berdasarkan ujian atau peperiksaan.

1.7 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian bermaksud apakah kajian berkenaan berguna kepada mana-mana pihak. Setiap kajian yang dijalankan selalunya mempunyai motif-motif tertentu atau untuk kepentingan pihak tertentu.

Kajian ini dilaksanakan bagi memberi gambaran tentang faktor-faktor yang menyebabakan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Gua, Kuala Lipis ini tidak menyiapkan kerja rumah bagi mata pelajaran Sains.

Hasil kajian ini nanti akan dapat membantu guru-guru mengenal pasti faktor-faktor tersebut dan seterusnya dapat membuat satu tindakan dalam menangani permasalahan ini dan juga memberi gambaran jelas tentng pentingnya mata pelajaran Sains kepada murid-murid terutamanya di era teknologi dan globalisasi ini.

Oleh yang demikian hasil kajian ini dapat memberi gambaran kepada semua pihak yang terlibat (guru-guru, ibubapa dam masyarakat pesekitarannya) agar dapat membantu murid-murid untuk meningkatkan penguasaan mata pelajaran Sains. Di samping itu kajian ini juga bertujuan mencari satu kaedah untuk memupuk minat di kalangan murid-murid sekolah ini terhadap mata pelajaran tersebut.

Maklumat ini juga dapat membantu pihak pentadbiran iaitu Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan seterusnya Kementerian Pelajaran Malaysia agar dapat merancang, mengubal atau mengenalpasti strategi yang lebih sistematik dalam memastikan murid-murid dapat menguasai mata pelajaran Sains dalam Bahasa Ingggeris dengan lebih berkesan.

Kami berharap, kajian ini mampu dijadikan sebagai panduan kepada para penyelidik untuk menjalankan kajian yang lebih mendalam dan seterusnya mengenalpasti faktor dan cara mengatasi masalah ini agar dapat melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan mahir dalam mata pelajaran Sains supaya mereka dapat menghadapi alaf baru dan merealisasikan sistem pendidikan bertaraf dunia .

1.8 Tempat kajian

Bagi memastikan kesahihan kajian ini, kumpulan kami telah memilih Sekolah Kebangsaan Gua, Kuala Lipis, Pahang. Sekolah ini dipilih berdasarkan peratus murid tidak menyiapkan kerja rumah adalah lebih tinggi di kawasan luar bandar. Sek. Keb. Gua, dilihat sebagai sebuah sekolah yang terletak di luar bandar dan terpencil serta kurangnya kemudahan infrastruktur .
1.9 Populasi Dan Sampel Kajian

BILANGAN MURID TAHUN 4 SK.GUA, K.LIPIS,PAHANG.
BULAN JULAI TAHUN 2006.

KELAS LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
TAHUN 4 11 ORANG 8 ORANG 19 ORG


Daripada populasi seramai 19 orang murid tahun 4, kami telah menjalankan kajian terhadap semua murid di dalam kelas ini yang terdiri daripada 11 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan.

Contoh:
Populasi : 19 orang
Sampelan : 19 orang

Latar belakang murid-murid di sekolah ini terdiri daripada kategori berpendapatan rendah iaitu anak-anak penoreh getah, pekerja kilang, jaga, pemandu, pekerja Am dan sebagainya di Kampung Gua. Kebanyakan ibu bapa murid-murid sekolah ini mendapat pendidikan pada peringkat sekolah menengah sahaja. Oleh yang demikian pandangan mereka terhadap pendidikan adalah sedikit berbanding dengan ibu bapa yang tinggal di kawasan bandar yang dapat melihat perubahan pendidikan secara terus.

1.10 Batasan Kajian

Kajian ini telah dijalankan kepada semua murid Tahun 4 iaitu seramai 19 oarng di Sekolah Kebangsaan Gua, Kuala Lipis, Pahang. Tumpuan atau batasan kajian yang akan dijalankan tertumpu kepada sikap murid-murid di sekolah rendah. Ianya bertujuan untuk melihat sama ada sikap murid ini memberi kesan terhadap pencapaian prestasi dalam mata pelajaran Sains.

Dalam menjalankan kajian kes ini antara batasan yang kami hadapi ialah;

a) Kerjasama daripada pihak yang diberikan agak memuaskan tetapi disebabkan kesibukan masa dan aktiviti yang padat di sekolah tersebut maka kerjasama tidak dapat diberikan sepenuhnya.

b) Sikap murid yang menyelesaikan soalan soal selidik sambil lewa menyebabkan jawapan yang diberikan agak kurang memuaskan.
c) Terdapat murid-murid yang masih tidak lancar membaca soalan dan hanya meniru jawapan kawan.

Hasil dari kajian itu nanti diharapkan dapat menunjukkan sama ada terdapat perhubungan di antara sikap murid dalam tidak menyiapkan kerja rumah dengan pencapaian akademik mata pelajaran Sains. Jika murid menunjukkan sikap yang positif dalam menyiapkan kerja rumah Sains, bermakna pencapaian markah yang diperolehi dalam mata pelajaran Sains adalah cemerlang atau tinggi. Sebaliknya, jika murid menunjukkan sikap negatif terhadap kerja rumah yang telah diberikan oleh guru maka pencapaian markah yang diperolehi dalam mata pelajaran Sains adalah rendah atau lemah.


1.11 Kaedah Kajian

Terdapat dua jenis kaedah yang digunakan dalam penyelidikan ini, iaitu menggunakan teknik soal selidik melalui teknik temubual dan penulisan yang menggunakan kaedah kauntitatif. Pemilihan teknik dan kaedah ini dibuat kerana dapat memudahkan proses soal selidik kajian kes dijalankan. Borang soal selidik yang digunakan mengandungi dua puluh lima soalan kesemuanya. Ianya dibuat untuk menguji sikap murid-murid sekolah tersebut terhadap mata pelajaran Sains. Soalan yang disediakan mengandungi jawapan YA atau TIDAK dan corak pembinaan soalan dalam keadaan yang tidak tersusun mengikut sikap murid tersebut. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab dua puluh lima soalan ini adalah selama tiga puluh minit.

Borang soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu A dan B. Di bahagian A, adalah berkenaan maklumat latar belakang murid dan soalan soal selidik dan murid diminta memilih jawapan yang menunjukkan sikapnya dalam menyiapkan kerja rumah mata pelajaran Sains. Murid diingatkan jangan berpura-pura dan membuat pilihan yang terbaik mengikut kehendak dirinya yang sebenar. Dalam menjalankan ujian soal selidik ini, dibantu oleh guru yang mengajar mata pelajaran Sains Tahun Empat iaitu En. Baharum Bin Aziz di sekolah itu.

Teknik temubual melibatkan seorang guru Sains. Sebelum sesi temubual dijalankan, pihak sekolah akan terlebih dahulu dimaklumkan oleh penyelidik melalui panggilan telefon dan juga surat kebenaran untuk melaksanakan sesi tersebut. Sebanyak 17 soalan diajukan kepada seorang guru tersebut yang mengajar mata pelajaran Sains di Tahun Empat. Soalan-soalan yang diajukan adalah mengenai sikap murid, sosio ekonomi keluarga murid, persediaan guru dan murid untuk sesi pengajaran dan pembelajaran, bahan pengajaran dan teknik pengajaran dan langkah-langkah untuk mengembalikan minat murid dalam menyiapkan kerja rumah. Soalan-soalan temubual adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi dapatan kajian yang akan dijalankan nanti.


















BAB 2
Dapatan Kajian
2.1 Latar Belakang Sampel
Sampel yang dipilih terdiri daripada murid-murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Gua Kuala Lipis iaitu seramai sembilan belas(19) orang. Sekolah ini mempunyai satu kelas tahun 4 sahaja. Sembilan belas orang murid iaitu 11 lelaki dan 8 orang perempuan.

SOALAN KAJI SELIDIK
PENCAPAIAN MATA PELAJARAN SAINS
TAHAP 2 TAHUN 4
BILANGAN
ITEM RESPON
01
Jantina L / P
02
Ujian Bulan Jun A / B / C / D / E
03
Ujian Bulan Julai A / B / C / D / E
04
Ujian Bulan Ogos A / B / C / D / E
05
Ujian Percubaan UPSR A / B / C / D / E







RUMUSAN DAPATAN BAGI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2006

BILANGAN

ITEM
RUMUSAN
01
Jumlah Murid 19 ORANG
02
Jumlah Murid Lelaki 11 ORANG
03
Peratus Gred A 5.3%
04
Peratus Gred B 5.3%
05
Peratus Gred C 15.8%
06
Peratus Gred D 26.3%
07
Peratus Gred E 5.3%
08
Jumlah Murid Perempuan 8 ORANG
09
Peratus Gred A -
10
Peratus Gred B 5.3%
11
Peratus Gred C 5.3%
12
Peratus Gred D 31.6%
13
Peratus Gred E -


2.2 Data-Data Kajian

Data-data akan dikumpul dan dianalisa untuk melihat hubungkait di antara sikap murid yang tidak menyiapkan kerja rumah dengan pencapaian yang diperolehi dalam peperiksaan pertengahan tahun. Pencapaian akademik dalam mata pelajaran Sains akan dianalisa dan peratusannya akan dipamerkan dalam bentuk gambar rajah dan data.

Analisis Soal Selidik Berdasarkan Nombor Soalan
No. Ya Tidak
L P L P
1. 10 4 1 4
2. 11 5 - 3
3.
4. 9 6 2 2
5. 7 4 4 4
6. 9 6 2 2
7. 9 8 2
8. 9 1 2 7
9. 9 4 2 4
10. 6 4 5 4
11. 10 7 1 1
12. 9 7 2 1
13. 5 1 6 7
14. 10 7 1 1
15. 11 8 - -
16. 11 8 - -
17. 11 8 - -
18. 8 8 3 -
19. 10 5 1 3
20. 11 8 - -
21. 11 6 - 2
22. 6 6 5 2
23. 6 7 5 1
24. 6 7 2 4
25. 7 5 4 3
26. 10 5 1 3



Graf Peratus Berdasarkan Gender Dan Sikap(Ya atau Tidak)







2.3 Analisis Data

1. Sikap murid
Penilaian sikap pelajar terhadap mata pelajaran Sains berdasarkan kepada jawapan yang diberikan dalam borang soal selidik. Setiap soalan yang dikemukakan mempunyai dua pilihan jawapan sama ada YA atau TIDAK. Daripada borang soal selidik itu, soalan-soalan tersebut akan dibahagikan kepada lima aspek iaitu;

i. Sikap murid terhadap mata pelajaran Sains.
ii. Usaha yang ditunjukkan oleh murid terhadap mata pelajaran Sains.
iii. Bimbingan mata pelajaran Sains yang diberikan kepada murid.
iv. Dorongan yang diberikan kepada murid tentang mata pelajaran Sains.
v. Keyakinan murid terhadap mata pelajaran Sains.
vi. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains.

Berdasarkan kepada aspek-aspek yang dinyatakan di atas, analisa data-data tersebut dibuat dengan menggunakan kaedah peratusan.Peratus dikira mengikut pengkelasan sikap dari nombor-nombor soalan yang telah ditentukan. Ini adalah untuk membuktikan peningkatan pencapaian mata pelajaran Sains selaras dengan sikap yang ditunjukkan oleh murid. Data-data akan dikira berdasarkan kepada beberapa orang murid yang menjawab ‘ YA ‘.

Peratusannya akan dikira seperti berikut :-

Peratus = Jumlah yang menjawab ‘ YA ’ x 100
Jumlah semua murid




Begitu juga dengan kaedah yang digunakan untuk mengira peratusan bagi murid yang menjawab ‘ TIDAK ’ seperti berikut :-

Peratus = Jumlah yang menjawab ‘ TIDAK ’ x 100
Jumlah semua murid

Program komputer yang digunakan untuk menganalisis data ( peratusan YA dan TIDAK ) ialah Microsoft Office Excel 2000.
Daripada data yang akan diperolehi kelak, dapatlah kita mengetahui hubungan di antara sikap dan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains.

2. Tahap pencapaian akademik murid
Pencapaian akademik murid dalam kajian ini adalah markah yang diperolehi daripada peperiksaan pertengahan tahun bagi mata pelajaran Sains. Satu jadual perbandingan bagi nilai markah sikap dan markah pencapaian akademik dalam mata pelajaran Sains akan disediakan. Rujuk Lampiran.





















BAB 3
PERBINCANGAN
Hasilan kajian yang telah kami buat bersama dengan guru Sains iaitu En. Baharum Bin Aziz di Sekolah Kebangsaan Gua, kami telah berjaya mendapat maklumat-maklumat yang penting dalam menyiapkan kajian kami ini. Kerjasama yang diberikan oleh guru Sains di sekolah ini amat memuaskan sekali, walaupun sibuk dengan program-program yang sedang dijalankan seperti Program Motivasi Dan teknik Menghadapi UPSR bagi murid-murid Tahun Enam yang diadakan pada 16 Ogos 2006, di Sekolah Kebangsaan Gua Kuala Lipis.
Mengikut perbincangan kami dengan guru mata pelajaran Sains Tahun 4 di sekolah tersebut iaitu En. Baharun Bin Aziz yang mempunyai pengalaman mengajar Sains selama 28 tahun iaitu 25 tahun di sekolah menengah dan 3 tahun di sekolah rendah. Kebanyakan murid-murid di sekolah ini hanya mengharapkan proses untuk menguasai kemahiran Sains daripada guru mereka sahaja sehinggakan kerja rumah diberikan tidak dapat disiapkan dalam waktu yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu, sekolah ini telah mengadakan kelas tambahan pada waktu petang untuk mata pelajaran Sains, dan kelas-kelas tambahan pada hari Sabtu dan Ahad. Proses pembelajaran di rumah adalah amat menyedihkan sekali kerana murid-murid tiada tempat untuk bertanya bagi membantu mereka menyelesaikan latihan yang diberikan oleh guru-guru mereka. Tidak hairanlah kebanyakan daripada mereka tidak berjaya menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Walau bagaimanapun bukan semua murid mempunyai sikap sama dalam tidak menyiapkan kerja rumah, kerana terdapat juga murid-murid yang berusaha untuk menguasai kemahiran Sains ini dengan mengadakan perbincangan dengan rakan yang telah berjaya menguasai kemahiran yang telah diajar oleh guru-guru mereka.
Di samping itu juga, En. Baharum Bin Aziz menyatakan bahawa faktor rakan sebaya juga boleh mempengaruhi murid-murid itu sendiri. Sebagai contoh, jika murid-murid bersahabat dengan kawan yang mementingkan pelajaran, maka murid itu juga akan berusaha untuk meningkatkan prestasi dalam pelajarannya, begitulah sebaliknya. Dengan itu berbagai program telah diadakan seperti Program Motivasi Diri, Gerak Gempur Sains, dan yang terkini adalah ujian pada setiap minggu. Dalam menjalankan ujian, prestasi murid-murid akan dapat dikesan dan dibantu dari awal lagi untuk memantapkan penguasaan mereka terutama dalam Sains.
Di samping itu, tidak kurang juga murid-murid yang pergi ke sekolah dengan perut yang kosong, walau bagaimanapun pihak sekolah telah menyediakan Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) tetapi terdapat segelintir murid yang mempunyai sikap memilih makanan, sehinggakan mereka terpaksa berlapar sehingga waktu rehat. Faktor ini akan mempengaruhi proses pembelajaran mereka untuk memberi perhatian ketika guru-guru mengajar. Murid-murid akan kelihatan lesu, kurang berminat untuk belajar dan menunjukkan muka yang sedih ketika guru mengajar. Tumpuan yang kurang ini akan menjejaskan pemahaman mereka terhadap kemahiran yang diajar oleh guru mereka. Dengan demikian sekiranya murid tidak faham isi pelajaran maka murid akan menghadapi masalah dalam menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru untuk dijadikan kerja rumah.
Beliau juga mengatakan bahawa murid yang ponteng sekolah adalah menjadi satu masalah yang besar kepada guru-guru seterusnya kepada pihak sekolah. Ini adalah kerana apabila murid-murid tidak hadir, mereka akan ketinggalan apabila guru mengajar kemahiran yang baru. Kekerapan murid-murid tidak hadir akan menambahkan lagi kecicirannya dalam kemahiran tersebut.
Satu lagi faktor yang menyebabkan murid-murid tidak menyiapkan latihan kerja rumah yang diberikan adalah disebabkan mereka beranggapan bahawa mata pelajaran ini membebankan mereka. Apabila proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, mereka tidak berani untuk bertanya dengan guru jika mereka menghadapi masalah dalam sesuatu kemahiran tersebut. Dengan ini, pemahaman mereka terhadap sesuatu kemahiran tidak berjaya dikuasai. Guru pula beranggapan bahawa anak muridnya telah memahami kemahiran tersebut. Hanya melalui ujian sahaja, penguasaan murid-murid dalam Sains dapat dikesan. Sehubungan dengan itu, beliau mengatakan latihan yang banyak dapat membantu murid-murid menguasai Sains. Setiap kemahiran yang diajar akan disusuli dengan latihan yang berkaitan bagi memastikan murid-murid beliau benar-benar menguasai kemahiran atau topik yang telah diajar.
Seperkara lagi yang menjadikan murid-murid di sekolah ini hilang minat untuk menyiapkan kerja rumah mata pelajara Sains kerana penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah. Proses pembelajaran murid-murid dalam mata pelajaran Sains adalah di ajar dalam Bahasa Inggeris. Murid beranggapan bahawa mata pelajaran ini terlalu sukar bagi mereka. Mereka tidak memahami kata kunci yang telah diterangkan oleh guru-guru Sains mereka dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu beberapa tindakan telah diambil oleh pihak sekolah bagi memastikan murid-murid berkeyakinan untuk berjaya dalam Sains. Antaranya ialah projek satu istilah Inggeris sehari bagi murid-murid. Istilah itu pula berkaitan dengan Sains. Selain daripada itu, pihak sekolah menyiapkan buku skrap dalam Bahasa Inggeris yang diperlu disiapkan di rumah. Diharapkan dengan pelbagai tindakan dan kajian ini akan menjadikan prestasi Sains di sekolah ini akan mencatat sejarah pada satu hari nanti. Insya’allah.



















BAB 4
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Kajian yang telah dijalankan ini bertujuan untuk melihat perhubungan di antara sikap dan tanggungjawab murid untuk menyiapkan kerja rumah. Sekiranya murid mempunyai sikap positif dalam menyiapkan kerja rumah, pencapaian markah yang diperolehi adalah tinggi manakala murid yang mempunyai sikap negatif pula akan memperolehi pencapaian yang rendah. Pencapaian dan sikap murid diukur dengan menggunakan kaedah soal selidik, temu bual dengan guru dan data-data peperiksaan pertengahan tahun.
Untuk memperolehi kecemerlangan dalam mata pelajaran Sains, pelbagai pihak perlu tampil ke hadapan untuk memperbaiki kelemahan yang sedia ada. Kerjasama daripada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sekolah akan menghasilkan peningkatan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains. Antara kerjasama yang perlu wujud ialah Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, ibubapa murid dan Persatuan Ibubapa dan Guru. Di samping itu, murid perlu bersikap positif dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menguasai kemahiran Sains.
Melalui soal selidik yang telah dijalankan, kami dapati sikap murid dalam menyiapkan kerja rumah memainkan peranan sepenuhnya untuk mereka berjaya dalam menguasai mata pelajaran Sains. Menurut Sharifah Akmam Syed Zakaria dalam bukunya yang bertajuk Panduan dan Strategi Motivasi Diri ( 2005 ), apabila sesorang sudah mengenali sedikit sebanyak tentang dirinya dan sudah jelas dengan apa yang hendak dicapai dalam hidup, seterusnya dia mestilah mewujudkan kesedaran dalam diri. Berdasarkan keadaan diri sendiri, seseorang itu boleh membuat kesimpulan tentang banyak perkara berkaitan dengan dirinya seperti aras keyakinan, semangat jati diri yang dimiliki, dan ketahanan mental serta fizikalnya. Oleh sebab itu, dapatlah kita simpulkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang dilalui oleh murid-murid,mereka perlu menanamkan satu matlamat dalam diri mereka iaitu untuk berjaya dan seterusnya menguasai Sains. Tiada istilah bahawa Sains itu satu mata pelajaran yang membebankan, menyusahkan, dan sebagainya seandainya mereka benar-benar mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
Di samping itu juga, melalui perbualan dan soal selidik kami dengan guru di sekolah tersebut, maka kami membuat kesimpulan bahawa beberapa perkara juga perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak sekolah. Antaranya ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan seharusnya dapat menarik minat murid-murid untuk terus mengikuti mata pelajaran tersebut hingga ke akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Di sini, tugas seorang guru dapat memainkan peranannya dengan sebaik mungkin. Guru perlulah menyediakan dirinya dengan lengkap terhadap topik yang ingin diajar. Jika guru mengajar dengan semangat dan cuba sedaya upaya menarik minat murid-murid dan dapat memahami perasaan murid terhadap mata pelajaran tersebut, sudah pasti proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan seronok dan berjaya mencapai objektifnya.
Pihak sekolah juga perlu memainkan peranan yang penting dalam memastikan peningkatan prestasi mata pelajaran ini. Sebaik-baiknya guru yang dikehendaki mengajar mata pelajaran tersebut, biarlah guru yang benar-benar berkemampuan dalam mata pelajaran tersebut dan berminat untuk mengajarnya. Bukan sekadar ‘tangkap muat’ sahaja. Ini adalah kerana ia akan mempengaruhi perestasi mata pelajaran tersebut dalam jangka masa yang panjang. Pada masa ini, bukan sahaja orang dewasa boleh menilai tahap keberkesanan pengajaran seorang guru tetapi murid-murid kini begitu matang menilai pengajaran gurunya. Oleh itu, seorang guru yang baik seharusnyalah berusaha memajukan dirinya dalam bidang yang diamanahkan kepadanya, demi kemajuan anak-anak didik, bangsa, agama dan seterusnya negara.
Antara faktor lain yang didapati mempengaruhi budaya murid tidak menyiapkan kerja rumah adalah didorong oleh sikap ibubapa itu sendiri yang tidak ambil peduli dan tidak mengetahui perkembangan pendidikan yang selaras dengan dasar pendidikan globalisasi yang lebih menggunakan Bahasa Inggeris. Kami berpendapat, seharusnya ibubapa memberi penekanan terhadap pembelajaran anak-anak mereka dengan cuba mencari jalan bagaimana menyelesaikan masalah tidak menyiapkan kerja sekolah dengan berbincang dengan pihak sekolah, PIBG dan yang terbaik sekali ibu bapa dan anaknya berjumpa dengan guru yang mengajar mata pelajaran Sains untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah ini.
BIBLIOGRAFi

Atan Long.1988. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ee Ah Meng.1989. Pedagogi Satu Pengenalan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Berhad.

Durkheim, E. 1961. Moral Education. New York: Free Press.

Husna Abu Hassan. 1993. Bila Murid Membenci Guru.

Gould, WTS (1993), People and Education in the Third World, Longman Scientific & Technical, England.

Kuala Lumpur: New Street Times Press.

Amir Hasan Dawi. 2002. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Tanjung Malim: Quantum Books.

Sharifah Akmam Syed Zakaria. 2005. Panduan Dan Strategi Motivasi Diri. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd














Lampiran A
Borang Soal Selidik


HUBUNGAN DI ANTARA SIKAP MURID DENGAN PENCAPAIAN MATA PELAJARAN SAINS (TAHUN 4) DI SEKOLAH RENDAH


Bahagian A : Latar Belakang Murid

Sila isikan maklumat di ruang yang disediakan.

01. Nama Murid : ……………………………………….
02. Jantina : L P L
03. Kelas : ............................................................
04. Pekerjaan Bapa : ..........................................................
05. Pekerjaan Ibu : ..........................................................
06. Pendapatan bapa dan ibu sebulan : RM .....................
07. Bilangan Adik-beradik : ..............................................
08. Pengangkutan Ke Sekolah : ........................................
09. Jarak Ke Sekolah : …………………………………..









Bahagian B : Soalan Selidik Murid
Pengajaran dan Pembelajaran
Bil Soalan Ya Tidak
1. Saya minat terhadap mata pelajaran Sains
2. Saya seronok belajar Sains
3. Saya selalu membuat latih tubi dengan menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru
4. Saya selalu inginkan latihan yang mencabar
5. Saya selalu bertanya jika saya tidak memahami pengajaran yang diberikan oleh guru
6. Saya selalu merasa puas apabila saya dapat menjawab soalan
7. Saya sentiasa berfikir Sains adalah mata pelajaran yang membosankan.
8. Saya selalu berbincang dalam kumpulan mengenai istilah-istilah Bahasa Inggeris yang digunakan dalam matapeleajaran Sains.
9. Saya sentiasa mencuba untuk menjawab soalan guru secara spontan
10. Saya sentiasa berusaha untuk mendapatkan A dalam Sains
11. Saya sentiasa teliti dalam menjawab soalan Sains
12. Saya hanya membuat soalan-soalan yang mudah sahaja.
13. Merasa benci matapelajaran Sains
14. Saya sering mengharapkan waktu Sains cepat berlalu
15. Sentiasa takut jika guru memberi latihan Sains di dalam kelas
16. Sentiasa mengharapkan guru memberi dorongan dan nasihat serta tunjuk ajar yang lengkap tentang latih tubi mengeja dan membaca
17. Saya beranggapan bahawa saya telah boleh membaca dengan lancar
18. Saya sentiasa yakin semasa saya menyelesaikan setiap kerja rumah yang diberi oleh guru
19. Saya berasa bersalah jika tidak dapat menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru.
20. Saya sentiasa mempunyai masa untuk menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru
21. Saya tidak suka membuat latihan kerana dipaksa
22. Saya menyiapkan latiahan yang diberi oleh guru kerana takut didenda
23. Saya sentiasa dibebani dengan tugas-tugas di rumah.
24. Saya tidak kisah jika tidak dapat menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru.
25. Saya selalu diganggu oleh adik-beradik semasa menyiapkan latihan yang di beri oleh guru.




























LAMPIRAN C

Borang Temu Bual

HUBUNGAN DI ANTARA SIKAP MURID DENGAN PENCAPAIAN
MATA PELAJARAN SAINS DI SEKOLAH RENDAH

Bahagian A: Butiran Temu Bual Dengan Guru Sains Tahun 4

Nama : ....................................................................
Nama Sekolah : ....................................................................
Kelas Yang Diajar : Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6
Mata Pelajaran Laing Yang Diajar : ...........................................
Pengalaman Mengajar : ...........................................









Bahagian B : Soalan Temu Bual

1. Dalam pemerhatian cikgu, adakah murid-murid berminat dengan mata pelajaran Sains? ...................................................................................................................................
2. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar tidak menyiapkan latihan?
...................................................................................................................................
3. Apakah kaedah pengajaran yang digunakan oleh cikgu, untuk menarik minat dalam mata pelajaran Sains?
.............................................................................................................
4. Bagaimana cara cikgu memotivasikan murid terhadap mata palajaran Sains?
.................................................................................................................................
5. Adakah pengajaran Sains dalam bilik darjah meninggalkan kesan kepada murid-murid menyiapkan latihan?
..................................................................................................................................
6. Apakah program-program yang dirancang oleh Panitia Sains untuk menarik minat murid terhadap mata pelajaran Sains?
.................................................................................................................................
7. Apakah program yang dirancang oleh pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah murid-murid yang bermasalah menyiapkan latihan yang diberi oleh guru? ...................................................................................................................................
8. Apakah sikap yang dapat dilihat jika murid tidak menyiapkan latihan yang diberi oleh guru? ..................................................................................................................................
9. Apakah faktor pemakanan boleh mempengaruhi sikap murid yang tidak menyiapkan latihan yang diarahkan oleh guru?
..................................................................................................................................

10. Apakah sikap murid yang tidak menyiapkan latihan dipengaruhi oleh pesekitaran di rumah?
....................................................................................................................................
11. Berapa ramaikah murid yang mempunyai sikap malas, ponteng kelas, tidak membuat kerja rumah dan sebagainya di dalam pemerhatian anda?
..................................................................................................................................
12. Adakah cikgu menggunakan bahan bantu mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran?
...................................................................................................................................
13. Adakah cikgu mengenal pasti murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah?
..................................................................................................................................
14. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa menyiapkan kerja-kerja sekolah?
...................................................................................................................................
15. Adakah cikgu berbincang dengan pentadbiran untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran Sains?
..................................................................................................................................
16. Apakah faktor sosio ekonomi ibubapa mempengaruhi sikap murid menyiapkan latiahan yang diberi oleh guru dan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains?
..................................................................................................................................
17. Secara umumnya, bagaimanakah sikap murid anda terhadap yang dibuat oleh guru?
..................................................................................................................................

Catatan Penemubual : ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Gambar Semasa Menjalankan Kajian