sabrina@bina life`s

Disini ku mencurah segalanya...tentang hidupku... semangatku, perjuanganku serta cintaku.

Gatal2 tangan la pulak nak carik2 blogg kekawan..sekali ku terjumpalah satu blog kawan aku. Dia agak rapat denganku. Ditakdirkan Allah, aku terjumpalah satu blog kawan aku. Gembira juga sebab boleh baca blog dier..citer dia. Ingatkan akan suka baca blog kawan aku ni, tetiba,,menyedihkan dan menghanginkan sahaja. Tajuk post dia menarik KAWAN. Tapi isi post dia masyaallah, hati aku betul2 mendidih. Sakit hati pun ada. Tapi aku still akan mengaku dia sebagai kawan aku... semalam,hari ini, besok, dan selamanya. Memang banyak kebaikan dia laburkan kepada bebudak kelas kami. (okey sekarang aku bercakap mewakili kelas k). Tapi aku betul2 terkilan dengan isi kandungan post dia. Teramat2 sangat.

Halnya berpunca daripada, ketidakhadiran kami (lebih kurang 3-4 org shj yang hadir drp 21 orang bilangan pelajar kelas kami) ke majlis dia. Bukan nak cakap majlis dia tu tak penting, tapi cuba2lah fikir kenapa kami tak datang? Ada dia terfikir kami ni sihat ker tidak? Ada dia fikir kami ni berada kat mana? dan yang paling penting, fikir2kanlah, time majlis tu bila? Waktu raya puasa? Waktu orang2 bercuti panjang? Aku tahu, dia memohon kehadiran dari kawan2 yang rapat dengannya. Dan aku adalah salah seorang. Dan aku akui, hadiah pun aku tak bagi, just a wish. Itu pun melalui sms. Kalau hadiah yang besar gedabak boleh mengubat hatinya, sekarang aku boleh bagi, tapi apa maknanya???? Apa maknannya? Klu kehadiran seseorang melambangkan sama ada orang tu kawan atau tidak aku mintak maaflah. Aku tidak termasuk dalam senarai. Honestly aku bagi tahu, masa berlansungnya majlis dia tu, aku duit satu sen pun takda. Kerja takder, badan2 asyik sakit, tapi dia ada tahu ker? Layak ker dia berkata sedemikian. Mesti pembaca blog ini menganggap aku betul2 rapat dengan dia kan. Memang pun...kami rapat.. Tapi itu lah, aku nak berbicara lelebih kan jadik benda lain. Blog ni dah jadik penyebar cerita aib oranglah pulak. Tapi ambillah yang baik, buanglah yang buruk.

Klu ikutkan hati, mahu dicurah segala2nya...tapi itu biarlah antara aku dan dia. Aibku dan aib dia biarlah aku dan dia yang simpan. Klu diheboh2kan sebenarnya pengheboh itu yang mendapat aib yang maha besar. Okeylah buat teteman aku especially bebudak kelas ku dulu, yang terbaca blogg aku ni, aku mohon maaf andai kata2ku terpedas kata, terpahit bicara. Yang baik itu, korang ambillah, jadikan sebagai panduan dan yang buruk jadikan sebagai tauladan.

Seperti kata2 ilmuwan, JANGAN DISEBABKAN KERANA SATU KESILAPAN YANG DILAKUKAN OLAH SESEORANG, TERUS LUPUT INGATAN KITA KEPADA SEMUA JASA BAIK ORANG TERSEBUT SEBELUM INI. Ingatlah, kita manusia, tiada yang sempurna. dan PERCAYALAH HUKUM KARMA... kerana apa yang kita lakukan sebelum, kita akan dapat selepasnya.

CERMIN2 LAH DIRI SENDIRI

p/s: Orang yang betul2 mengaku kawan ialah orang yang tak pernah mengharap apa2 dari kawannya, malahan sentiasa bersangka baik dengan kawannya. Moga2 aku tergolongan dalam golongan tersbt. Amin

0 comments: