sabrina@bina life`s

Disini ku mencurah segalanya...tentang hidupku... semangatku, perjuanganku serta cintaku.

Aku mengenali beliau ketika di suatu pameran.
Pameran itu dianjurkan oleh pelajar2 kursusku. Aku salah seorang pesertanya.
Beliau merupakan seorang penceramah. Bersesuaian pameran mengenai teknologi dan inovasi, beliau memberi ceramah mengenai pameran tersebut. Selain bekerja sebagai pensyarah, beliau turut mempunyai hobi yang menarik. Bukan aku seorang sahaja tertarik malahan seluruh warga dewan yang berada di situ turut terlopong mulutnya.
Wah, beliau ni bukan sahaja inventor malahan seorang yang amat kreatif dan apa yang penting...KERJASAMA. Opst, terikut2 dengan wonderpet lah pulak..heheheh... dan yang amat aku tertarik dengan dirinya adalah kesungguhan beliau untuk mencuba dan terus mencuba. Banyak anugerah yang beliau perolehi sepanjang beliau melibatkan diri dengan dunia itu. Dunia itu, telah menjadi nasi tambah dalam hidupnya. Sungguh unik sekali beliau memperolehi nasi tambah itu. Bukan takat sesenduk yang beliau dapat tambah, malahan seluruh dunia turut merasai nasi tambah beliau ini. Huh, tabik spring berganda2 lah untuk beliau. Apa yang aku ingat, beliau pernah menjadi johon untuk pertandingan di Geneva, pertandingan dunia...huh, tak terkata lah aku time tuh. Klu di sumbat ngan roti rasanya tak sedor kut time tu. Punyerlah exsited mendengar cerita dia. Fulamak.!!!

Tup2, bila aku nek semester dua kursusku ini, beliau tersenarai dalam nama2 pensyarahku. Aik, ingatkan aku yang kejar beliau, upa2nya beliau yang kejarku..muahahaha..sebab aku tak pergi meminang beliau pon..tup2 beliau yang datang menyerah diri kepadaku..heheehh
Kini, ke-2 kalinya aku bertentang mata dengan beliau, fuh, klu dulu mulutku melopong tapi sekarang rahangku pulak yang jatuh ke lantai... lawak222..bukan aku yang lawak, tapi beliau yang lawak. Setiap perjumpaan kami, baliau sering mengadakan sesuatu yang baru,,membuatkan otak berkaratku ini berpusing...menjana minda, mencetus idea..

Aku syukur menjadi muridmu...

Engkaulah guruku...Tn. Hj. Mohd Salleh bin Tahar a.k.a Dhom Hellas Nib Rahat.

Semoga kata2 mu akan menjadi nasi tambahku kelak.

0 comments: