sabrina@bina life`s

Disini ku mencurah segalanya...tentang hidupku... semangatku, perjuanganku serta cintaku.

- Doc, macam mana keadaan dia?

Macam aku kenal jer suara tu. Takkan kot...

Mata terbukalah. Betul ker apa yang aku dengar ni. Kugagahkan kelopak mata untuk bangkit dari menutup pandanganku. Ah, berjaya.

- Ibu? Ayah?

-Alhamdulillah, Rin dah sedar.

Ibu dan ayah lantas mendapatkan aku. memelukku. Bahagia.

- Maaf puan, encik. Saya nak buat pemeriksaan sedikit terhadap pesakit.

- Baik doc.

Ibu dan ayah terus memberi laluan kepada doktor muda itu membuat pemeriksaan ke atasku. Aku hanya menurut sahaja arahan doktor itu.

Hmmm, handsome jugak doktor ni ya? Sepanjang aku berada di universiti ini dan berkunjung ke pusat kesiahatan universiti ini, aku tidak pernah melihat wajah doktor muda ini. Masti baru posting ke universiti ni.hmmm...

- Adik, kenapa berkerut2 dahi tu? Ada apa2 nak tanya ker?

Rupa2 nya segala mimik mukaku diperhatikan oleh doktor muda itu.

-Oh, doktor. Hmm, tak der apa2 lah. Cuma...

Aku segan untuk bertanya. Nantikan apa kata ayah dan ibu serta jururawat yang cantik molek disisi doktor itu.

-Cuma apa?

Doktor muda itu sudah selesai melakukan pemeriksaan ke atas diriku. Sekarang dia berada tegak di tepi kanan katilku.

- Doktor baru posting ke sini ker?

Dia sedikit terkejut. Sesaat kemudian, denyuman terukir di bibirnya yang nipis itu. Matanya kelihatan bercahaya dan hidungnya yang mancung gah terpacak di tengah2 mukanya.

- Wah, puan, encik, anak encik ni selalu datang klinuk kesihatan universiti ker? Dia boleh cam staff baru / lama ya.?

-Eh,eh, tak doktor...

Aku malu disakat doktor muda itu.

- Hmmm, betul adik. Saya baru bertugas hari ini. Dan awak adalah patient pertama saya di P.K.U ni. Bertuah saya dapat merawat pesakit yang cantik manis serta peramah ni.

Aku menunduk malu. Terasa sebu di pipiku.

Ehamm, mak berpura-pura batuk. alamak, lupa pulak ibu dan ayah ada kat sisi. Uh, malunya. Doktor ni pun satu, menyakat aku agak2 lah.

- Oklah puan, encik saya kena ke katil seterusnya ni. Adik, nanti jaga aturan makan ya. Berdasarkan rekod kesihatan adik ni, memang adik tahukan adik ada gastrik. Tapi jangan bimbang, tidak berbahaya cuma kena betul2 jagalah aturan makan. takut nanti melarat gastrik adik tu ya. Baiklah, saya beredar dulu.

- Terima kasih doktor.

- Amboi2 anak ibu ni, tengok jer yang hansome ada2 ajer modalnyer.

Ibu mengantikan tempat doktor muda itu menyakatku.

- Alah ibu ni, bukan apa pun just bertanya je. Lagipun betul apa, diakan doktor baru kat sini. itu pasal adik tak pernah lihat muka dia sebelum ni.

- Ayah, bila adik boleh keluar ni? Tak tahan lah duk sini. Nak muntah bau ubat. Loya semacam jek.

Aku merenggek manja dengan ayahku. Sambil itu, ayah mengusap rambutku.

- Anak ayah ni nak suruh ayah tanya macam mana? Nak suruh tanya bila adik boleh discharge atau boleh tak adik duk lama sikit kat klinik ni?

Ayah pula menyakat aku.

- Ayah...

Aku membuntang mata terkejut mendengar kata2 ayah. Memang lah ibu dan ayah ni klu jumpa aku dan tak menyakat aku memang tak sah. Even aku berada kat klinik sekalipun.

0 comments: