sabrina@bina life`s

Disini ku mencurah segalanya...tentang hidupku... semangatku, perjuanganku serta cintaku.

Kruttt.Huh, pedihlah plak perut aku ni. Bila lah agaknya Prof nak berhenti mengajar ni.

-Okey, sebelum kita berpisah, saya nak tanya satu soalan. Sapa volunteer nak menjawab?

Prof. Ahmad, memandang ke seluruh kelas. Menanti kelibat tangan anak-anak didiknya mengangkat tangan. Semua kaku.
Apa yang di ajar oleh prof Ahmad sudah melanton entah ke mana. Yang aku tahu, perut ini perlu di isi. Dalam tempoh aku duk melayan perasaan aku rasa perutku semakin kuat memulas-mulas. Seolah-olah segugut pun ada. Takkan lah aku period kot. Baru seminggu lepas aku mendapat ABC (Allah bagi cuti - free tak berbayar pun). Berserta dengan itu aku mengigil seluruh badan. Asya yang berada di sebelahku tidak menyedari perubahanku.

Shirin, apakah kemungkinan akan berlaku sekiranya tekanan / load yang berlebihan dikenakan di bahagian atas dan bawah konkrit tetulang sepertimana di rajah 4.12 m/s 54?

Aku masih menahan perubahan keadaan badanku yang terjadi dengan mendadak. Mengigil berserta sakit perut yang memulas-mulas. Asya disebelahku menyiku lenganku. Serentak itu aku mendongakkan kepala. 50 pasang mata memandang ke arahku.

Kenapa?

Aku menyoal Asya. Asya terkejut kerana aku tidak memberi tumpuan ketika kelas Prof Ahmad itu. Padahal Prof ini lah yang amat terkenal dengan kegarangannya. Aku terpingga-pingga seketika.

Shirin, awak ke depan.

Arah Prof. Ahmad dengan tegas. Aku semakin keliru. Ditambah pula kesakitan di perut yang semakin menyengat dan kurasakan kesejukan yang teramat seperti berada di benua antartika. Baru 3 langkah aku menapak mara ke Prof Ahmad, aku merasakan imbangan badanku lolos. Aku terkapai2 di tengah2 laluan. Tidak sampai sesaat kemudian aku merasakan pandanganku kelam. Berserta dengan itu aku mendengar sayup-sayup bunyi bising dan namaku di panggil.

Oh, My God..what happen.

0 comments: