sabrina@bina life`s

Disini ku mencurah segalanya...tentang hidupku... semangatku, perjuanganku serta cintaku.

-Hmm, baiklah. Saya tunggu.

Terus aku mencampak handphone Nokiaku 2630 yang kumiliki sempena sambutan Hari Lahirku yang ke-20 setahun yang lepas.

-Asyik2 nak marah. Lebih baik tak payah call kalau nak marah jek kerjanya.

Aku mengomel seorang diri. Tanpa aku sedari sepasang mata sedang memerhatiku. Lantas menyapaku.

- Cik Shirin Mutalib, kenapa pepagi bebuta ni dah memuncung mulutnya? Nak kena inject ker?

Bibir yang nipis berbicara itu lantas menghadiahkan seukir senyuman yang amat manis pada pengamatanku.

-Ohh, doktor. Hmm, tak der apa2.

Aku cuba menutup maluku. Semena2nya rona merah muncul di pipi mulusku.

- Doktor nak check saya ker?

- Hmm, sebelum saya discharge awak sebentar lagi, saya kena buat final checking kt stomach awak tu. Bolehkan?

Aku lantas membaringkan diriku, dan doktor muda itu pantas melakukan kerjanya sambil dibantu oleh jururawat yang cantik semalam.

- Ok, finish. Ini surat MC awak, dan petang nanti after lunch awak boleh discharge. Okey.

Ahhh, pening lah nanti. Sape yang nak datang ambik aaku. Ayah kerja, ibu pun kerja. Hmm, cam mana yer?

- Adik, dari semalam lagi saya tengok adik ni tak haabis2 berkerut dahi. Ada masalah ker?

Doktor itu menunjukkan kerisauan terhadap diriku. Uhh, malunya. Sekali lagi aku termalu dengan mimik mukaku yang terlampau berkerut itu.

- Ohhh..tak der apa2 doktor. Terima kasih.

Doktor itu berlalu setelah memastikan aku berada dalam keadaan ok.

Aku melamun lagi. Macam mana ni? Tak kan aku nak call si Rizal tu, baru jek tadi bertengkak then now nak mintak tolong dia. Buat lawak jer tuh.

Si Rizal ni pun satu, punyalah nak nasihatkan aku, sampai melenting2 suaranya. Marahler aku. Dah ler kesihatan tak memuaskan lagi. Memang mamat poyolah.

Tawakal jek la. Klu ada Teksi yang lalu kat depan P.K.U ni nanti aku naik lah, klu tak aku terpaksalah menapak ke Hentian Bus yang tidak kurang jauhnya tu.

Menangislah hati...huhuhuhu

0 comments: